Sebanyak lebih 100 buah model Copen daripada generasi pertama dan kedua dicatatkan menghadiri perjumpaan ini termasuklah model Xplay, Robe dan Cero.
Selain itu, turut dipamerkan model-model custom termasuklah model Copen Xplay Crossover yang turut dilengkapi pelbagai aksesori offroad seperti bull bar dan winch.
Melengkapi hari terbuka tersebut ialah acara jualan serta lelongan pelbagai barangan aksesori Copen.
Saksikan galeri di bawah bagi merasai kemeriahan perjumpaan pemilik Daihatsu Copen walaupun terpaksa menempuh cuaca hujan sepanjang festival tersebut.
Terima kasih kepada Han Nuar daripada DMC, Shiga, Jepun atas perkongsian yang menarik ini.