Koleksi ahli politik bernilai US$13 juta bakal dilelong

oleh HEZERI SAMSURI|
Koleksi supercar-supercar "rare" bernilai US$13 juta (RM54.3 juta) milik Teodoro Nguema Obiang Mange, Naib Presiden negara Equatorial Guinea bakal dilelong di Switzerland pada bulan hadapan.

Anak kepada pemimpin negara Afrika tengah itu disiasat sejak tahun 2016 atas tuduhan wang haram (money laundering).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara supercar yang bakal dilelong ialah Lamborghini Veneno (varian roadster) dengan warna bendera Itali.

Hanya sembilan unit yang dihasilkan untuk seluruh dunia untuk menyambut ulangtahun ke-50 Lamborghini.

Veneno itu sahaja sudah membawa nilai setinggi US$5.1 juta.

Selain dari itu, sebuah LaFerrari dan sebuah Koenigsegg One.1 (satu dari tujuh terbina di seluruh dunia) turut akan dilelong.

Kenderaan lain yang mungkin menarik perhatian anda ialah McLaren P1, Aston Martin One-77 dan sebuah Bugatti Veyron.

Lelong itu akan dilakukan oleh syarikat lelong Bonhams dan akan berlangsung di Geneva pada 29 September.

Polis Geneva merampas kenderaan-kenderaan tersebut di kawasan kargo lapangan terbang bandar itu dalam tahun 2016.

Bapa kepada Teodoro Nguema Obiang Mange, iaitu Teodoro Obiang Nguema Mbasogo menjadi Presiden kepada negara Equatorial Guinea sejak tahun 1979 dan melantik anaknya sebagai Naib Presiden dalam tahun 2016.

Equatorial Guinea adalah salah satu negara terkaya di Afrika kerana hasil minyaknya dan ia jarang membuka sebarang ruang informasi tentang cara pentadbiran.


*Laporan asal dari CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam majlis pelancaran yang dilakukan di Hotel Eden Bleu semalam, SF Hybrid Motors Pty Ltd,…
Berita Global
Damhuis terus merempuh peragut itu tetapi beliau melarikan diri. Pemandu kenderaan itu akhirnya…
Berita Global
Kebanyakan prototaip kereta elektrik (EV) adlah khusus untuk kegunaan urban. Ia aerodinamik,…