Koleksi 4 kereta dari filem Transformers untuk dijual - harga dari RM8.41 juta

oleh Mohamad Hanif|
Laman web kereta-kereta eksotik di Miami, Curated baru-baru ini menyenaraikan sebuah koleksi yang merangkumi empat buah model kereta untuk dijual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih menarik perhatian apabila keempat-empat kereta ini dikatakan pernah digunakan di dalam francais filem Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay.
 

Camro


Koleksi tersebut dimulakan dengan sebuah Chevrolet Camaro 2010 yang membuat kemunculan dalam filem Dark of the Moon.

Ia dibina khas oleh General Motors di mana hadir dengan cermin sisi unik, reka bentuk muka depan yang tersendiri, serta menampilkan splitter depan, hud bespoke dan sayap belakang.
 

AMG


Sebuah lagi kereta ialah Mercedes-Benz SLS AMG yang turut membuat kemunculan dalam filem yang serupa.

Pada mulanya, unit SLS AMG ini dipinjamkan sendiri oleh jabatan akhbar Mercedes-Benz di Amerika Syarikat, dan ketika penggambaran dibuat ia dipandu oleh pelakon Rosie Huntington.
 

Avent


Jentera ketiga, Lamborghini Aventador 2014 yang muncul dalam filem Age of Extinction.

Aventador dengan warna khas Grigio Titans ini dibina secara khusus untuk pengarah Transformers (Michael Bay lah, siapa lagi), dan telah dipandu kurang dari 3,200 km.
 

Barricade


Yang terakhir, Ford Mustang 'Barricade' - sebuah kereta peronda yang digunakan dalam filem The Last Knight.

Jentera ini telah menjalani modifikasi yang ekstrem, menampilkan warna Deep Impact Blue, liveri polis yang unik, serta kehadiran unit-unit lampu tambahan yang berfungsi sepenuhnya.
 

Transformers


Harga untuk koleksi ini? Bermula dari $2 juta sahaja (RM8.41 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa).

Sumber: Curated

Berita Berkenaan

Berita Global
Bukan sahaja ia akan menampilkan Optimus Prime dengan rekaan daripada siri G1, akan tetapi ia juga…
Berita Global
Namun, di dalam filem prekuel Transformers Bumblebee yang ditayangkan pada tahun 2018, watak robot…
Berita Global
  Menurut seorang daripada anak muda itu yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang rekaan replika,…