Koleksi 21 unit kereta Paul Walker untuk dijual tahun hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat siri filem aksi Fast and Furious akan lebih mengenali watak Brian O'Conner (Paul Walker) kerana beliau bukan sahaja seorang peminat tegar kereta di dalam filem tersebut, malah juga di dalam dunia sebenar!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi kenderaan yang dimiliki oleh mendiang juga tidak kurang hebatnya, dan bagi anda yang berminat untuk menghabiskan wang di dalam akaun, anda sangat beruntung. 

Ini kerana kesemua 21 unit daripada koleksi kenderaan milik Paul Walker akan dilelong pada satu acara Barret-Jaclson's Scottsdale Auction pada Januari hadapan. 


Antara model kereta yang panas berada di dalam tangan mendiang sebelum ini termasuklah lima unit BMW M3 E36 Lighweight, di mana siri ini hanya menghasilkan kira-kira 115 unit produksi sahaja dalam dunia. 

Lima unit. Ya, ini bukan kesalahan menaip.

Selain daripada jentera moden, Paul Walker juga sebenarnya adalah peminat jentera-jentera muscle dan klasik seperti wagon Nova 1963, wagon Chevelle 1964, serta Chevy II Nova 1967. 

 


Terdapat juga jentera Ford Mustang Bos 302S 2013 berjaya berada di dalam tangan Paul Walker sebelum beliau meninggal dunia. 

Walaupun di dalam filem, mendiang digambarkan sebagai seorang peminat tegar kereta import (dari Jepun), hanya tiga unit jentera Jepun yang ada iaitu Nissan Skyline GT-R R32 1989, Nissan 370Z 2009 dan sebuah trak pikap Toyota Tundra 2006. 

Berikut merupakan koleksi 21 buah kereta yang dimiliki oleh Paul Walker untuk dilelong pada tahun hadapan.

  • 1963 Chevrolet Nova station wagon
  • 1964 Chevrolet Chevelle station wagon
  • 1967 Chevrolet II Nova
  • 1988 BMW M3 E30
  • 1989 Nissan R32 Skyline race car
  • 1991 BMW M3 E30 coupe
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete
  • 1995 Ford Bronco
  • 2000 Audi S4
  • 2003 Ford F250 pickup
  • 2004 GMC Sierra 1500 pickup
  • 2005 Harley-Davidson RS motorcycle
  • 2006 Toyota Tundra pickup
  • 2008 Suzuki motorcycle
  • 2009 Nissan 370Z
  • 2011 BMW motorcycle
  • 2013 Ford Mustang Boss 302S race car

Berita Berkenaan

Berita Global
Apatah lagi ia kerap dikaitkan dengan watak Brian O'Conner yang dilakonkan oleh mendiang Paul…
Berita Global
Pembinaan model ini ditugaskan oleh Universal Studios, di mana ia dimodifikasikan oleh Daryl Alison…
Berita Global
Salah satu daripada unit tersebut merupakan model yang dipaparkan di dalam artikel kali ini, dan…