Kolaborasi PETRONAS-UKM berjaya bangunkan sistem penghasilan hidrogen yang lebih cekap, jimat kos

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalinkan kerjasama bagi membangunkan sebuah sistem produksi gas hidrogen dengan menggunakan teknologi hidrolisis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terkini Bernama, hasil kolaborasi antara kedua-dua entiti tersebut membuahkan hasil positif di mana mereka berjaya menghasilkan sebuah sistem penghasilan bahan api hidrogen yang lebih menjimatkan kos.

Kajian antara PETRONAS-UKM merangkumi lima perkara iaitu rekaan plet bipolar, pemasangan elektrod membran, bahan salutan, bahan binaan serta skala ekonomi.

Reka bentuk yang telah dipatenkan pada November lalu kini berjaya menghasilkan gas hidrogen yang lebih baik dengan penggunaan tenaga yang rendah, sekaligus ia mampu menjadi satu sumber tenaga hijau pilihan dengan penjimatan kos bagi para pengguna.

Difahamkan, dua harta intelektual lain sedang dibangunkan dan bakal dipatenkan dalam masa terdekat.

Selain daripada itu, PETRONAS juga telah mewujudkan sebuah fasiliti pengujian pengeluaran hidrogen hijau yang dinamakan sebagai PETRONAS Research Sdn Bhd (PRSB).

 

gambar hiasan


Fasiliti ini berperanan untuk menjalankan operasi, penilaian, serta penambahbaikan komponen electrolyser rekaan pasukan terbabit, serta membandingkannya dengan versi komersial di pasaran bagi mendorong penghasilan hidrogen hijau yang lebih cekap kos.

PETRONAS mensasarkan sistem itu mampu menghasilkan kira-kira 70 kg hidrogen bersih dalam sehari.

Penggunaan bahan api hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif kepada trenkuasa elektrik yang menggunakan bateri (BEV), dan ia dilihat lebih sesuai untuk diaplikasikan di negara-negara yang masih lagi kurang infrastruktur pengecasan.

Mungkin satu masa nanti, PETRONAS mampu membangunkan stesen pengisian bahan api hidrogen bagi menampung keperluan yang semakin meningkat, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna untuk menggunakan kenderaan yang lebih mesra alam.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…