KOLABORASI JPJ - PLUS BUKA PUSAT KAWALAN PENGUATKUASA LEBUHRAYA (UPLR)

oleh Penyumbang Rencana 2|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui kolaborasi dengan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) membuka sebuah Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasaaan Lebuh raya) JPJ di Plaza Tol Jelapang (Arah Selatan) bagi memperkukuhkan inisiatif dalam meningkatkan aspek keselamatan di lebuh raya PLUS.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pusat kawalan yang pertama seumpamanya di lebuh raya itu akan menjadi stesen utama memantau empat lagi stesen lain.

MoU antara PLUS dan JPJ

Menurut Shaharuddin, selain Pusat Kawalan terbaru di di Bangunan Plaza Tol (Lama) Jelapang itu, JPJ dan PLUS juga telah membuka empat Stesen Penguatkuasa Lebuhraya JPJ di R&R PLUS iaitu di Dengkil (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Pagoh (Arah Selatan) serta Paka ( Arah Selatan) secara berperingkat sejak 2018.

“Sumbangan dan inisiatif PLUS untuk memastikan keselamatan para pelanggannya telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi Anugerah Keselamatan Jalan Raya ‘Prince Michael International Road Safety Award’ pada Disember 2019 dan mendapat kedudukan pertama bagi lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). 

“Oleh itu, saya percaya kolaborasi pintar bersama PLUS merupakan kunci utama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terutama bagi pelanggan lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena MoU JPJ dan PLUS Serta Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasaan Lebuhraya JPJ Malaysia di Bangunan Plaza Tol (Lama) Jelapang (Arah Selatan) hari ini.

Majlis disempurnakan bersama oleh Shaharuddin dan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, disaksikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan.

Jelas Shaharuddin, fungsi utama Unit Penguatkuasaan Lebuh Raya atau UPLR adalah untuk meningkatkan ‘Perception Of Being Caught’ (POBC) dalam kalangan pengguna lebuh raya dengan memfokuskan isu berkaitan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar peraturan lalulintas di lebuh raya.

datuk kp memeriksa kenderaan peronda jpj di UPLR

Katanya, UPLR juga berfungsi memantau dan bertindak terhadap kenderaan perdagangan termasuk isu teknikal, membawa lebih muatan serta meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di sepanjang lebuh raya.

Selain itu UPLR juga ujar beliau berfungsi menjalankan pemeriksaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) bagi memastikan keselamatan penumpang dan juga kenderaan.

Sementara itu Zakaria berkata, PLUS sentiasa mencari pelbagai pendekatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di semua lebuh raya bagi memastikan pelanggan dapat terus menikmati perkhidmatan lebuh raya yang selamat dan selesa. 

Justeru katanya, selain daripada memberi fokus terhadap aspek kejuruteraan lebuh raya dan pendidikan menerusi program-program advokasi keselamatan jalan raya, PLUS turut melihat kepada aspek penguatkuasaan undang-undang dengan kerjasama JPJ dan agensi penguatkuasa yang lain.

pemeriksaan berat muatan lori

“Pada masa sama, kehadiran anggota JPJ yang mengadakan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya kami amat penting terutamanya dalam menangani isu-isu berkenaan kenderaan berat seperti penggunaan tayar botak, membawa muatan berlebihan dan tidak stabil dan lain-lain adalah amat kritikal. 

“Umum mengetahui bahawa kebanyakan isu halangan atau objek yang berpunca daripada kenderaan berat seperti serpihan tayar, kayu, besi dan lain-lain mendatangkan bahaya kepada pelanggan-pelanggan kami. Kehadiran Rakan Keselamatan Jalan Raya PLUS seperti pasukan penguatkuasa JPJ di lebuh raya memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap tahap keselamatan di lebuhraya PLUS,” katanya.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…