Kolaborasi Jerman-Austria-Thailand hasilkan tayar kereta dari hampas padi

oleh HEZERI SAMSURI|
Evonik, salah satu dari penghasil silika terulung dunia akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Kumpulan Pörner dari Austria dan Phichit Bio Power Co. Ltd. dari Thailand untuk membekalkan Ultrasil, silika termendap kepada pembuat tayar kenderaan.

Bahan mentah utama untuk Ultrasil itu ialah silikat sodium yang dihasilkan dari abu hampas padi (RHA), bahan buangan dalam industri tanaman ruji tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut siaran media Evonik, penggunaan bahan silika di dalam tayar mampu meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak lapan peratus berbanding penggunaan tayar biasa dan permintaan untuk bahan mentah mapan semakin meningkat.

 


 

 

Kerjasama ini melihat Kumpulan Pörner mencipta proses penghasilan RHA menggunakan tenaga hijau biomass. Dengan cara itu, Evonik mampu mengurangkan kadar CO2 sehingga 30 peratus lebih rendah.

Phichit Bio Power pula akan menggunakan teknologi dari Pörner di kilang padi sedia ada dan melabur untuk pembinaan kilang sodium silikat RHA baharu di Thailand.

Thailand mengaut keuntungan besar dari peluang kerjasama ini kerana hampir semua jenama tayar global mempunyai kilang dan pusat R&D di sana dan Thailand juga adalah negara pengeksport beras ketiga terbesar dunia selepas India dan Vietnam.