Kolaborasi Grab, Tuxuri tambah baik sistem pemetaan atas talian Lembah Klang

oleh Mohamad Hanif|
Grab dengan kerjasama Tuxuri dan OpenStreetMap baru-baru ini telah mengadakan Cabaran Pemetaan Cyberjaya (Cyberjaya Mapping Challenge) bagi memudahkan proses memahami infrastruktur dan kebolehcapaian di sekitar Lembah Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut yang lebih dikenali dengan nama Mapathon itu merupakan aktiviti indoor bagi para pelajar yang berminat di dalam arena geografi dan aplikasi pemetaan menggunakan platform digital. 
 


Seramai lebih 50 orang pelajar daripada UiTM, Uniten dan Unitar menyertai acara Mapathon itu menggunakan platform OpenStreetMap. 

Acara tersebut telah menghasilkan lebih daripada 40,000 gubahan entri pada aplikasi pemetaan di dalam masa hanya sekitar enam jam, jumlah yang tertinggi pernah dicatatkan. 

Sehingga kini, Grab telah menganjurkan lebih 10 acara Mapathon di tujuh buah bandar di serata Asia Tenggara termasuklah Yangon, Jakarta, Bandung, Bali, Manila, Singapura dan Yogyakarta. 
 


Menurut Rashid Shukor, Ketua Projek Strategik dan Pembangunan Vertikal Grab Malaysia berkata, "Acara ini tidak lain bertujuan untuk memberikan impak yang positif kepada kehidupan komuniti di samping membina data pemetaan yang lebih tepat, mereka juga dapat memberikan data yang lebih berkesan terutama ketika berlaku bencana alam."

Kenyataan Rashid itu disokong oleh Norhizam Kadir, Naib Presiden Pembangunan Ekosistem MDEC dan Ang Chin Han, Ketua Pegawai Teknologi Tuxuri dengan harapan acara sedemikian dapat menimbulkan tahap minat di kalangan komuniti lokal di dalam menambah baik sistem pemetaan atas talian. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…