Koenigsegg tamat pengeluaran Agera RS

oleh SALINA JALIL|
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Koenigsegg sendiri menerusi laman rasmi, Koenigsegg semalam telah menyatakan bahawa pengeluaran model terpantas di dunia itu telah tamat dengan penghasilan Agera RS yang ke-25.

Sepanjang pengeluaran selama tiga tahun itu, model Agera RS ini telah memecahkan rekod dunia sebanyak lima kali termasuklah rekod kelajuan terpantas pernah dicatatkan oleh kereta produsi iaitu 447km/j secara purata.

Di dalam kenyataan yang sama, pihak Koenigsegg mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada visi Koenigsegg dan jenama Koenigsegg itu sendiri sepanjang pembangunan dan pengeluaran supercar ikonik itu.

 

Dengan berakhirnya pengeluaran model Agera RS, pihak Koenigsegg akan menyiapkan dua lagi model Agera Final Edition dan melengkapkan barisan Agera yang telah dikeluarkan oleh Koenigsegg. Selepas ni, mereka akan lebih tertumpu kepada model supercar hybrid Regera.

 

Regera merupakan sebuah supercar hypercar hybrid berkuasa 1500 kuasa kuda dan tidak mempunyai sebarang transmisi. Kuasa daripada enjin 5.0 liter bentangan V8 sebaliknya disalurkan kepada tiga motor elektrik (satu di hadapan, dua di belakang) mampu menghasilkan tork setinggi 2000Nm. Pihak Koenigsegg menggelarkannya sebagai “Direct Drive”.

 

Selamat jalan, Koenigsegg Agera RS!

 

 

 

Sumber: Koeniggsegg melalui Road and Track

Penulis: Muhamad Hanif

Tags

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Polestar dan Koenigsegg. Ya, berdasarkan dua hantaran berbeza yang dibuat menerusi laman rasmi…
Berita Global
Itu merupakan visi pelajar tahun akhir Esa Mustonen yang berasal dari Finland ketika membangunkan…
Berita Global
Walaupun hasrat untuk memperkenalkan model tersebut tidak kesampaian gara-gara Geneva Motor Show…