Koenigsegg Regera tayang panel badan gentian karbon luaran sepenuhnya tanpa sebarang cat!

oleh Mohamad Hanif|
Istilah 'paint is dead' mungkin lebih sesuai diaplikasikan kepada hasil karya Koenigsegg terbaharu menerusi model Regera yang sebenarnya sudah pun habis terjual pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dilihat dengan lebih teliti, hampir keseluruhan bahagian luaran yang terdedah tidak mempunyai sebarang cat dan kemasan akhir yang mampu melindungi permukaan gentian karbon. 

Malah, menerusi hasil kerja yang teliti, mereka juga telah menanggalkan lapisan epoxy yang biasanya digunakan bagi melindungi permukaan gentian karbon.
 


Tanpa sebarang perlindungan cat dan kemasan akhir, Koenigsegg Regera tampak lebih menyerlah dan lebih mengancam dan orang ramai kini boleh merasai sendiri permukaan sebenar gentian karbon yang togel itu. 

Mungkin kedengaran bendasing mampu mencalarkan dan merosakkan permukaan yang terdedah, namun sangkaan anda salah sama sekali. 
 


Menurut Koenigsegg, mereka telah menguji beberapa contoh di bawah pelbagai jenis cuaca dan membiarkannya selama beberapa tahun di luar bangunan dan hasil daripada eksperimen tersebut, didapati perubahan cuaca tidak mampu memberikan kesan kepada permukaan gentian karbon tersebut.

Oleh sebab itu Koenigsegg amat yakin dengan ketahanan panel gentian karbon tanpa sebarang perlindungan dan kemasan akhir untuk digunakan pada hypercar. 
 


Memandangkan Regera ini tiada sebarang cat, ia mempunyai berat yang lebih ringan 20 kg berbanding model Regera yang dicat sepenuhnya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…