Koenigsegg 'Ragnarok' - pengganti Agera RS, lebih ringan, lebih berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan mengejar kelajuan tertinggi tidak pernah berhenti, malah Koenigsegg tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapi menerusi model Agera RS yang dikatakan sebagai model produksi terpantas di dunia itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dipetik daripada akhbar Sweeden, Dagens Industri mengesahkan pengeluar supercar daripada negara tersebut kini sedang menyiapkan model pengganti Agera RS. 
 


Dikenali dengan kod nama dalaman 'Ragnarok', hypercar daripada Koenigsegg itu bakal diproduksikan dalam unit terhad sebanyak 125 buah sahaja, dan dikatakan lebih ringan dan berkuasa berbanding Agera RS. 

Ragnarok bakal menggunakan enjin bentangan V8 turbo berkembar yang sama seperti Agera RS, namun terdapat laporan menyebut enjin tersebut mampu dikerah pada putaran enjin 9,000 rpm untuk menghasilkan kuasa sekitar 1,440 kuasa kuda. 
 


Harga jangkaan Koenigsegg Ragnarok bakal mencecah lebih daripada $2 juta (RM8 juta) dan bakal memasuki fasa produksi dalam masa 2 tahun lagi.

Namun, dua fakta yang disebutkan di atas tidak sekali-kali menakutkan para pembeli sasaran di mana lebih daripada separuh daripada 125 unit Ragnarok telah pun menjumpai rumah pemilik masing-masing. 

Ia bakal membuat kemunculan rasmi di Geneva Motor Show 2019 pada Mac 2019.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…