Koenigsegg, Polestar bergabung tenaga?

oleh Mohamad Hanif|
Jarang juga untuk kita dengar kerjasama antara dua syarikat dari satu negara yang sama, namun kali ini kita mungkin akan menyaksikan satu perkara yang sangat menarik hadir dari negara Scandinavia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Polestar dan Koenigsegg.

Ya, berdasarkan dua hantaran berbeza yang dibuat menerusi laman rasmi Instagram masing-masing, kedua-dua jenama Sweden tersebut dikatakan bakal memperlihatkan sesuatu yang menarik dan mengujakan dalam masa terdekat.

Berdasarkan gambar, boleh dilihat kelibat model konsep Polestar Precept Concept dan Koenigsegg Gemera, sebuah hypercar hibrid yang menawarkan kapasiti sehingga empat orang pada satu-satu masa.

Namun sayangnya, tiada sebarang informasi lanjut yang boleh dikorek daripada kerjasama dua jenama tersebut memandangkan kedua-duanya tidak mendedahkan secara terperinci apakah jenis kerjasama yang bakal dilaksanakan.

 


Sebagai makluman, Koenigsegg Gemera merupakan sebuah jentera GT empat tempat duduk yang didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris turbo berkembar, serta tiga motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,700 kuasa kuda.

Manakala Polestar Precept Concept pula merupakan sebuah lagi model berkuasa elektrik dimana rekaan yang dibawakan bakal menjadi rujukan buat model-model Polestar pada masa akan datang, seperti contoh Polestar 3 - sebuah SUV.

Walaupun apa jua spekulasi yang diterbitkan, kita hanya boleh tunggu dan lihat apakah bentuk perkembangan yang bakal hadir daripada kedua-dua jenama Koenigsegg dan Polestar dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…