Koenigsegg pecah rekod sendiri - 0-400-0 km/j dalam 31.49 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Ujian 0-400-0 km/j merupakan salah satu cara bagi menentukan prestasi sebenar daya pembrekan sesebuah supercar/hypercar, dan salah satu syarikat yang menekankan aspek ini adalah Koenigsegg itu sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun Bugatti dilihat sebagai pencetus kepada idea ini dengan rekod 41.96 saat, hanya dalam masa sebulan rekod 0-400-0 km/j berjaya dipecahkan oleh pengeluar dari Sweden, Koenigsegg dengan catatan masa 37.28 saat. 

Tahun ini, Koenigsegg sekali lagi memecahkan rekod peribadi menggunakan supercar Regera yang dilengkapi nadi hibrid dan transmisi kelajuan tunggal. 

 


Dengan kuasa keseluruhan mencecah 1,100 hp terima kasih kepada gandingan enjin V8 dan tiga motor elektrik, Regera mampu mencatatkan masa 31.49 saat dengan jumlah jarak hanyalah sekitar 2,048 meter sahaja!

Dengan catatan yang direkodkan oleh Regera, tinggal Hennessey Venom F5 sahaja untuk membuktikan cabaran 0-400-0 dalam masa kurang dari 30 saat, berdasarkan dakwaan daripada syarikat penala tersebut. 

Saksikan video cubaan Koenigsegg memecahkan rekod sendiri di dalam cubaan catatan masa 0-400-0 km/j. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…