Koenigsegg jual pegangan kepada pemilik Saab, teroka segmen EV baharu

oleh Mohamad Hanif|

Lewat kebelakangan ini, kerjasama dan perjanjian di kalangan syarikat automotif bukanlah satu perkara pelik yang perlu dipandang, dan yang terbaharu ia melibatkan dua buah syarikat yang berasal daripada Sweeden.

Laporan daripada Road and Track menyebut pengeluar hypercar terpantas di dunia, Koenigsegg semalam mengumumkan penguasaan 20% ke atas pegangan syarikat tersebut telah dibuat oleh National Electric Vehicle Sweeden (NEVS). 

Penguasaan pegangan yang dibuat dengan kos berjumlah $171 juta membolehkan Koenigsegg mengakses keupayaan produksi tambahan yang dimiliki oleh NEVS di Trollhattan
untuk menghasilkan EV dalam volum yang tinggi. 

Bagi mereka yang tidak mengetahui, NEVS sebelum ini ditubuhkan pada tahun 2012 oleh seorang ahli perniagaan, Kai Johan Jiang setelah membeli aset Saab - juga pengeluar kenderaan yang telah lama berhenti - daripada GM. 
 


NEVS juga dikatakan akan menggunakan platform Saab 9-3 yang sudah tersedia untuk menghasilkan EV bagi pasaran China, namun menghadapi sedikit masalah produksi. 

Selain daripada itu, Koenigsegg dan NEVS akan membentuk kerjasama baharu dalam meneroka segmen pasaran baharu, di mana NEVS menguasai 65% pegangan dan selebihnya dipegang oleh Koenigsegg. 

Tatkala NEVS melabur hampir $150 juta (lagi) di dalam JV baharu ini, Koenigsegg memberikan sumbangan dalam bentuk hak intelektual, lesen teknologi serta rekaan produk. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California…
Berita Global
Koenigsegg Jesko, hypercar terbaharu yang hadir daripada pengeluar Sweeden itu dikhabarkan sudah…
Berita Global
Christian von Koenigsegg kini bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model supercar mampu milik…