Koenigsegg bangunkan transmisi LSTT, motor elektrik 'Dark Matter' untuk Gemera 2025

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lepas, Koenigsegg telah mendedahkan varian baharu untuk hypercar GT Gemera 2025 di mana megacar itu kini boleh didapati dengan nadi V8 hibrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun membangunkan dua komponen baharu yang penting untuk model Gemera, iaitu transmisi LSTT dan motor elektrik Dark Matter.

Ganas namanya bukan?
 

LSTT


Kita mulakan dengan transmisi LSTT atau nama penuhnya Light Speed Tourbillon Transmission, di mana ia sebenarnya bermula daripada transmisi LST (Light Speed Transmission) sembilan nisbah kelajuan yang diambil daripada Jesko sebelum dibuang komponen flywheel dan klac.

Tanpa dua komponen tersebut, Koenigsegg mendakwa ia dikatakan mampu meningkatkan lagi penglibatan dan keseronokan pemanduan yang tidak terhingga.

Menurut Christian von Koenigsegg, "kami menambah 'Tourbillon' kepada nama LST, disebabkan mekanisme ini menyamai sistem pergerakan jam tangan mewah Swiss.
 

Gemera


Untuk melengkapkan lagi enjin dan transmisi LSTT yang sudah sedia canggih itu, pasukan R&D telah membangunkan motor elektrik Raxial Flux enam fasa 'Dark Matter' yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 800 hp dan 1,250 Nm.

Berbanding tetapan tiga motor elektrik Quarks yang terdahulu, hanya satu motor elektrik Dark Matter sahaja yang akan dipadankan dengan LSTT, menjadikan konfigurasi trenkuasa yang lebih ringan, kecil dan lebih mengujakan.

Gandingan nadi tiga silinder 2.0 liter Tiny Friendly Giant (TFG) dengan LSTT dan Dark Matter mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,400 hp dan 1,850 Nm.
 

HV8


Pembangunan motor elektrik dan kotak gear baharu itu juga membolehkan Koenigsegg memindahkan nadi V8 yang diperoleh daripada model Jesko ke dalam Gemera.

Lokasi ekzos yang asal telah dipindahkan ke bahagian atas enjin V8 tersebut - digelar sebagai Hot V8 (HV8) - di mana ia menyebabkan penurunan angka output daripada 1,578 hp kepada 1,500 hp.

Namun, konfigurasi nadi V8, LSTT dan Dark Matter yang disebutkan itu tadi membolehkan Gemera HV8 mampu menghamburkan kuasa setinggi 2,300 hp dan daya kilas 2,750 Nm - menjadikannya kereta produksi paling berkuasa di dunia.
 

gemera


Hanya 300 unit sahaja Koenigsegg Gemera yang akan diproduksikan di kilang Gripen Atelier menjelang akhir 2024, di mana para pelanggan akan mendapat unit masing-masing pada tahun 2025.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…
Berita Global
Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan. Namun, informasi yang…
Berita Global
Namun menurut laporan daripada The Drive, terdapat ura-ura di mana pengeluar Jepun itu bakal…