Koenigsegg Agera Final Edition 'Thor' dan 'Vader' bakal buat kejutan di Goodwood

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya anda peminat siri filem aksi daripada barat, sudah tentu anda mengenali nama yang disebutkan di atas, iaitu Thor dan Vader yang masing-masing daripada siri Marvel Comics dan Star Wars.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, artikel ini bukanlah mengisahkan filem crossover yang membabitkan dua watak tersebut, kerana kedua-dua kembar tersebut merupakan nama samaran (lebih tepat, gelaran) yang diberikan oleh Koenigsegg kepada dua buah supercar terakhir Agera Final Edition yang dikeluarkan oleh syarikat daripada Sweeden itu yang dibina berdasarkan Agera RS. 


Thor bakal menampilkan kemasan clear carbon dua tona ditambah dengan diamond flake serta dilengkapi dengan sirip tengah stail Le Mans yang direka untuk kestabilan pada kelajuan tinggi disamping peralatan aerodinamik aktif yang menjadi ciri standard pada sebuah Koenigsegg. 

Manakala Vader pula menampilkan kemasan clear carbon yang tradisional dengan diamond flake, dengan hiasan elemen daun berwarna white gold di bumbung serta spoiler belakang besar yang unik. 


Kedua-dua Thor dan Vader dikuasakan oleh enjin biturbo 5.0 liter bentangan V8 yang mampu menghasilkan 1,341 kuasa kuda dan 1,370 Nm daya kilas, membolehkan supercar tersebut mampu mencapai halaju tertinggi sepantas 447 km/j (!).
 


Dengan pengenalan Agera Final Edition Thor dan Vader masing-masing mengakhiri pengeluaran Agera secara rasmi, Koenigsegg kini menumpukan perhatian kepada produksi Regera. 

Model pengganti Agera dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada Geneva Motor Show 2019.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…