Kod cukai baharu Kastam - Honda HR-V dan CR-V kini RM1.1K hingga RM1.4K lebih murah

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Honda Malaysia kini berada di landasan betul bagi mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan pada tahun ini. Jualan Honda BR-V dan City rupa baharu adalah penyumbang utama Honda dalam menguasai pasaran kenderaan bukan nasional dan juga tempat kedua jumlah keseluruhan industri (TIV). Pengenalan Honda BR-V dan City rupa baharu telah melonjakkan penguasaan TIV kepada 20.5 peratus - angka paling tinggi pernah dicapai syarikat dan diperolehi pada bulan Mac. Jualan Honda BR-V sehingga kini sudah melebihi 7,800 unit yang mewakili 23 peratus jualan Honda. City rupa baharu turut menguasai  23 peratus jualan keseluruhan dengan tempahan melebihi 7,200 unit sejak ia dilancarkan. Angka jualan keseluruhan Honda dijangka terus meningkat melalui pengkelasan semula kod tarif kastam untuk dua model SUV iaitu HR-V dan CR-V. Bermula 1 Mei 2017, harga di atas jalan HR-V adalah dari RM101,000 hingga RM121,000 manakala CR-V 2.0 2WD pula adalah RM141,500. Pengkelasan baharu itu menyaksikan kuantum penurunan di antara RM1,100 hingga RM1,400. Berikut ialah harga baharu model SUV Honda bermula 1 Mei 2017: Honda CR-V 2.0 2WD
  • Baharu: RM141,500 / Lama: RM142,900
Honda HR-V
  • 1.8 S baharu: RM101,100 / Lama: RM102,200
  • 1.8 E baharu: RM110,700 / Lama: RM111,800
  • 1.8 V baharu: RM121,000 / Lama: RM122,200