KMSB Motors dan Suzuki Motor perkenal jenama motosikal nasional kedua, AFAZ

oleh Danial Yasin Suhaimi|
KMSB Motors Sdn Bhd dan Suzuki Motor Corporation (SMC) telah melakar sejarah baharu dengan pengenalan jenama motosikal tempatan baharu iaitu AFAZ, melalui hasil perjanjian usahasama teknikal dan pembekalan bersama.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Majlis tandatangan perjanjian itu telah diwakili oleh Pengerusi Eksekutif KMSB Motors, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya dan Presiden SMC, Toshihiro Suzuki, di mana ia turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian itu juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (atau NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023, di mana ia bakal membantu pembangunan industri tempatan.

Melalui perjanjian itu, Suzuki bersetuju untuk membekalkan komponen penting bagi KMSB membangunkan motosikal AFAZ.

2

Manakala AFAZ pula akan memimpin inovasi dan reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan, Pemasaran & Inovasi (RDCI) tempatan, dengan fokus yang jelas terhadap kualiti, prestasi dan inovasi.

Inisiatif itu bakal menjadi langkah penting dalam memangkin industri motosikal tempatan yang merangkumi sejumlah 718,000 unit dipasarkan sepanjang tahun 2022.

Menjadi pendatang baharu, AFAZ berhasrat menjadi pemain utama dalam pasaran motosikal tempatan dan sekaligus bersaing di peringkat ASEAN dan global.

Pengenalan AFAZ sekaligus bakal menyaksikan persaingan antara jenama tempatan seperti Modenas untuk menawarkan produk terbaik mereka kepada pembeli.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anwar berkata, penambahan pelaburan dan peningkatan kerjasama itu dimaklumkan sendiri Presiden…