Kluster meter tidak menyala - FCA panggil balik satu unit RAM 1500 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Di zaman moden yang canggih ini, kempen panggil semula tidaklah menjadi satu perkara yang asing, apatah lagi ia sebenarnya sangat berkait rapat dengan bagaimana pengeluar mengambil langkah menyelesaikan masalah yang timbul.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika tiada aksi, ia akan menjejaskan reputasi syarikat itu sendiri, dan lebih penting, tahap kepercayaan pelanggan serta prospek yang melihat dari jauh. 

Ini menunjukkan betapa pentingnya kempen panggil semula, walaupun ia hanya melibatkan satu unit kenderaan yang terjejas. 

Ya, contoh yang kami bawakan ini datang dari FCA di mana terdapat satu kes kluster meter trak pikap RAM 1500 2019 tidak berfungsi akibat kemaskini perisian yang bermasalah. 
 


National Highway Traffic Safety Association (NTHSA) telah mengeluarkan satu laporan kempen bernombor 19V556000 yang menyebut kempen panggil semula melibatkan sebuah trak pikap RAM 1500 2019.

Laporan tersebut cukup lengkap merangkumi empat dokumen yang berkaitan: laporan ketidakpatuhan, surat akuan recall, surat notifikasi kepada pengedar dan arahan yang terkandung - menukarkan komponen yang terjejas. 

Tindakan panggil balik hanya satu unit kenderaan yang terjejas mungkin nampak kelakar, akan tetapi ia menunjukkan tahap tanggungjawab sesetengah pengeluar terutama ketika isu yang terpencil timbul. 

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…