Kluster Auto: Jumlah positif Covid-19 naik ke 50 - Proton lakukan yang terbaik untuk mengawal jangkitan 

oleh HEZERI SAMSURI|
Jumlah terkini positif Covid-19 untuk Kluster Auto di Proton kini meningkat kepada 50 kes selepas ujian-ujian untuk kakitangan kategori P2 (kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19) mengesahkan 39 lagi kes baharu ditemui.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut keterangan yang dilihat oleh Careta, Proton menurut kesemua SOP yang disarankan oleh pihak berkuasa dan wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan dikatakan berpuas-hati dengan pelan tindakan Proton.

Buat masa sekarang, kakitangan "non-essential" diarahkan untuk bekerja dari rumah (WFH) kerana proses penyahjangkitan di premis Proton Shah Alam akan dilakukan.

Kakitangan Proton yang hadir bekerja juga diminta untuk membataskan pergerakan antara bangunan-bangunan dan mengelakkan 3C - Crowded Places (tempat padat), Confined Spaces (tempat tertutup) dan Closer Conversation (perbualan rapat).

Kenyataan itu juga meminta kesemua kakitangan Proton yang pernah berurusan dengan Bahagian Kejuruteraan dalam tempoh dua minggu lalu untuk menghubungi ketua masing-masing dan Bahagian Sumber Manusia (Human Resource).

Proton juga menjalankan proses penyahjangkitan setiap sejam untuk bahagian servis kenderaan di Centre Of Service Excellence dan dewan pameran agar para pelanggan tidak perlu risau akan kesihatan mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penularan di dalam negara…
Berita Domestik
Menurut memo yang dilihat Malaysiakini, semua pekerja di jabatan berkaitan diminta kerja dari rumah…
Berita Domestik
Sumber yang rapat dengan kes tersebut memberitahu Careta, pesakit pertama berumur 49 tahun itu dan…