Klon SUV Urus kini muncul di China

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas Lamborghini melancarkan SUV kedua mereka Urus, muncul satu imej yang memaparkan model tiruan yang dibina hampir serupa dengan Urus daripada pengeluar automotif China (siapa lagi?).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Huansu Auto merupakan syarikat yang bertanggungjawab di dalam mengklonkan Lamborghini Urus menjadi sebuah SUV yang belum diketahui namanya itu. 

Menurut carnewschina.com, Huansu Auto merupakan sebuah jenama di bawah naungan kumpulan Beijing Auto Industries Corporation (BAIC). 
 


Tidak seperti Urus yang menawarkan hanya empat buah tempat duduk sahaja, klon Urus ini menawarkan versi lima dan tujuh tempat duduk.

Pihak Huansu Auto telah meniru hampir kesemua rekaan asal Urus termasuklah rekaan rim asal Urus. 
 


Berita baik disini ialah mereka telah menukarkan rekaan asal fender Urus kepada bentuk yang lebih natural dan tidak kekotakan. 

SUV ini bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 turbo yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 150 HP dan harga jualan disasarkan bermula dari 100,000 sehingga 150,000 yuan. (RM62k++ - RM93k++). 

SUV klon Urus ini dijangka akan diperkenalkan pada awal Jun ini. 
 

"Apa salah aku?"