KLIMS 2026 Tarik Lebih 205,000 Pengunjung, Pameran Automotif Terbesar di Malaysia

oleh Qalif Latif|
Pelancaran JETOUR T2 PHEV di KLIMS 2026
Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) melabuhkan tirainya dengan mencatat kehadiran lebih 205,440 pengunjung sepanjang penganjuran selama 10 hari di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), ini membuktikan minat rakyat terhadap industri automotif dan mobiliti terus berkembang.

Dianjurkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dan diuruskan oleh Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd., edisi ke-11 KLIMS membawa tema Beyond Mobility yang mengetengahkan hala tuju industri ke arah teknologi lebih hijau, kenderaan elektrik (EV), sistem mobiliti pintar dan penyelesaian pengangkutan masa depan.

Lebih 20 jenama automotif dan motosikal mengambil bahagian

KLIMS 2026 menghimpunkan lebih 20 jenama automotif dan motosikal merentasi tujuh dewan pameran di MITEC. Antara jenama yang mengambil bahagian ialah Proton, Proton e.MAS, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Hyundai, Mazda, MG, Jetour, Kia, GWM, Maxus, Dongfeng, XPENG, Zeekr, Wuling dan smart, manakala kategori motosikal diwakili Suzuki serta AFAZ.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026
TQ Wuling tampil dengan EV pertama BINGO EV


Selain mempamerkan model baharu, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti program Experience The Drive, laluan halangan Urban Play dan perhimpunan kelab-kelab kereta dari seluruh negara.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026
Toyota bawa konsep Corolla walaupun tidak memperkenalkan model baharu kali ini di KLIMS 2026

 

Banyak model baharu buat penampilan sulung

Sepanjang pameran berlangsung, pelbagai model dan konsep baharu diperkenalkan kepada orang ramai.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Proton e.MAS 5 pemasangan tempatan, Proton e.MAS 7 Premium Plus, Honda Prelude Hybrid, Hyundai Ioniq 5 N, Hyundai Ioniq 6 N, Hyundai Stargazer, Mazda CX-60 MHEV, MG ZS Hybrid+, MG Cyberster, Jetour T2 i-DM dan Jetour G700.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026
MG Malaysia perkenalkan varian Hybrid MGZS

 

Dalam segmen kenderaan konsep pula, Perodua memperkenalkan C2 Concept bersama QV-E G+ Edition, Toyota menampilkan konsep Corolla elektrik, Proton mempamerkan sistem janakuasa FutureMotion HEV, manakala XPENG menarik perhatian ramai menerusi kereta terbang X2.

Jenama lain turut mengambil peluang memperlihatkan model yang bakal memasuki pasaran termasuk Zeekr 9X, Zeekr 009 Grand, Kia EV4, EV5, PV5 dan K4, GWM Ora 5 HEV, Haval Raptor, Nissan X-Trail e-Power facelift, Dongfeng 008 EV SUV serta M-Hero II PHEV.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026
Nissan X-Trail generasi baharu diperkenalkan di KLIMS 2026, pelancaran rasmi suku ke-4 tahun ini


 

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026
Hyundai Stargazer juga di pratonton di KLIMS 2026, MPV mampu milik dari Hyundai ini akan bersaing dengan Mitsubishi Xpander, Toyota Veloz dan Perodua Alza


 

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026
GWM Malaysia perkenalkan 2 model akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini SUV Haval H7 dan Ora 5 HEV


Program hiburan dan cabutan bertuah meriahkan KLIMS

Selain pameran automotif, KLIMS 2026 turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti Ella, Anuar Zain, Lah Ahmad, FUGŌ dan Kyoto Protocol.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026

Buat julung kalinya, KLIMS turut bekerjasama dengan RIUH menerusi bazar kreatif yang menghimpunkan usahawan tempatan serta pelbagai aktiviti komuniti. Pengunjung juga boleh mencuba simulator kereta lumba, pengalaman kereta kawalan jauh (RC) dan pertandingan KLIMS Modified Car Battle.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026

Cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM125,000 turut diadakan, termasuk hadiah utama sebuah Perodua Bezza AV yang dimenangi Foo Yan Ling. Penganjur juga memperkenalkan KLIMS Creator Award bagi menghargai pencipta kandungan digital yang membantu mempromosikan pameran menerusi platform media sosial.

Kuala Lumpur International Mobility Show 2026

MAA sifatkan KLIMS semakin penting kepada industri

Presiden Malaysian Automotive Association (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, sambutan memberangsangkan daripada peserta pameran dan pengunjung menunjukkan industri automotif Malaysia terus bergerak ke arah inovasi, teknologi baharu dan penyelesaian mobiliti yang lebih pintar.
Kuala Lumpur International Mobility Show 2026

Beliau berkata, KLIMS kini bukan sekadar platform mempamerkan model kenderaan baharu, malah menjadi medan yang menghimpunkan keseluruhan ekosistem automotif bagi menggalakkan kerjasama, inovasi dan pembangunan mobiliti yang lebih mampan pada masa hadapan.

Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd., Richard Teo pula berkata, KLIMS 2026 berjaya menggabungkan inovasi automotif, pengalaman gaya hidup dan penglibatan komuniti dalam satu platform bertaraf antarabangsa yang mampu mengangkat kedudukan Malaysia sebagai hab pameran automotif serantau.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penyertaan kali ini turut mencerminkan komitmen jangka panjang Dongfeng terhadap pasaran tempatan,…
Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, penyertaan syarikat…
Berita Domestik
Ketiga-tiga konsep ini memperlihatkan bagaimana Toyota melihat masa depan mobiliti yang bukan…