Sepanjang 10 hari itu, acara ini bakal tampil dengan pelbagai pembaharuan menarik yang bukan sahaja memfokuskan kepada dunia automotif dan mobiliti moden, malah turut mengetengahkan elemen gaya hidup, hiburan serta pengalaman interaktif untuk pengunjung pelbagai peringkat umur.
Menariknya, beberapa aktiviti khas turut dijadual berlangsung pada tarikh tertentu termasuk Urban Play dan KLIMS Modified Car Battle pada 12 hingga 14 Jun, selain pelbagai persembahan artis tempatan, pertandingan DJ Playground serta aktiviti komuniti automotif sepanjang acara berlangsung.
Antara artis yang bakal yang bakal membuat persembahan termasuklah FUGŌ, Kyoto Protocol, Adrian Danial, TY:DEL, drumline performance by Voice of Percussion, fusion dance performance by Siluman Production dan ramai lagi.
Sebagai antara acara mobiliti dan automotif terbesar di Malaysia, KLIMS 2026 bakal menghimpunkan pelbagai jenama global menerusi pameran model terkini, teknologi masa depan serta konsep mobiliti moden yang semakin berkembang di pasaran semasa.
Pengunjung juga dijangka dapat melihat pelbagai pelancaran produk baharu selain pameran kenderaan konsep daripada pengeluar automotif terlibat.
Dalam masa sama, KLIMS 2026 turut membawa pendekatan lebih santai dan mesra keluarga menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang direka untuk semua peringkat umur.
Antara yang bakal menjadi tumpuan termasuk Car Simulator Challenge, Flight Simulator Experience, trek kereta kawalan jauh, sesi podcast automotif bersama Riuh serta pengalaman Pokopia Pokémon Truck yang dijangka menarik perhatian pengunjung muda dan keluarga.
Bagi peminat dunia modifikasi dan komuniti automotif pula, KLIMS Modified Car Battle dijangka menjadi antara acara yang paling dinantikan dengan kehadiran pelbagai jentera ubah suai dari seluruh negara.
Dalam masa yang sama, pameran ini turut akan diserikan dengan penyertaan lebih 200 buah kenderaan menerusi acara himpunan kereta yang bakal berlangsung sepanjang program.
Peminat sukan permotoran juga tidak ketinggalan apabila KLIMS 2026 menjalinkan kerjasama bersama Sepang International Circuit (SIC) menerusi pameran kereta Formula, jentera perlumbaan motosikal serta sesi bertemu pelumba dan pasukan perlumbaan tertentu.
Selain melihat lebih dekat perkembangan teknologi automotif semasa, pengunjung turut berpeluang mencuba sendiri beberapa model menerusi sesi “Experience the Drive” yang menawarkan lebih 60 buah kenderaan untuk sesi pandu uji.
Aktiviti ini secara tidak langsung memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman pemanduan pelbagai model terkini di bawah satu lokasi.
KLIMS 2026 juga dilihat sebagai platform penting yang menghimpunkan pemain industri, pembuat dasar dan peminat automotif untuk melihat sendiri arah tuju masa depan mobiliti negara.
Ini termasuk perkembangan teknologi automotif, konsep mobiliti pintar dan evolusi industri yang semakin bergerak ke arah pengalaman lebih moden dan digital.
Bagi pengunjung yang ingin hadir, tiket turut ditawarkan dengan beberapa promosi khas termasuk pas Unlimited Access selama 10 hari pada harga RM80 serta 5-pax Bundle Pass pada harga RM100.
Tambahan pula, pameran ini juga dibuka secara percuma pada hari bekerja, manakala pengunjung hanya perlu membayar RM30 untuk kemasukan pada hujung minggu.
Untuk maklumat lanjut, pembelian tiket dan perkembangan terkini mengenai KLIMS 2026, orang ramai boleh melayari pautan berikut:
Pembelian tiket & pendaftaran pengunjung:
https://reg.klims.com.my/Account/RegisterVisitor
Website rasmi KLIMS 2026:
https://klims.com.my/
Ikuti laman sosial rasmi KLIMS 2026 untuk update terkini:
Facebook
https://www.facebook.com/klims.com.my
Instagram
https://www.instagram.com/klims_my/
TikTok
https://www.tiktok.com/@klims_my