KLIMS 2024: GWM Malaysia dedah 2 model baharu - GWM Tank 500 dan GWM WEY 80

oleh Danial Yasin Suhaimi|
GWM Malaysia hari ini telah mendedahkan dua model terbaharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 bertempat di acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 GWM Tank 500

2

 

Tank 500 yang bakal dilancarkan pada tahun 2025 untuk pasaran Malaysia hadir sebagai SUV 7 tempat duduk mewah dengan keupayaan off-road, mengekalkan konsep sama seperti Tank 300 tetapi dengan penampilan tersendiri.

Tank 500 tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan lasak, di mana ia memiliki dimensi 5078 mm panjang, 1934 mm lebar, 1905 mm tinggi, dan jarak roda 2850 mm.

 

2

 

Dari segi kuasa, Tank 500 menggunakan nadi 2.0 liter turbo 4 silinder bersama motor elektrik, dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan, menghasilkan sehingga 350 PS dan 648 Nm.

Bagaimanapun, untuk pasaran China Tank 500 turut ditawarkan dengan pilihan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar bersama sistem hibrid ringan dan pilihan trenkuasa PHEV bersama enjin 2.0 liter dan motor elektrik.

 

3

 

Antara kelengkapan lain pada GWM Tank 500 ialah ciri TANK Turn, Off-road Cruise Control dan pilihan 11 mod pemanduan.

 

GWM WEY 80

4

 

GWM WEY 80 hadir sebagai MPV premium 7 tempat duduk pertama dari GWM, di mana ianya bakal menjadi pesaing terus kepada Denza D9 dan GAC M8.

WEY 80 tampil dengan sistem PHEV bersama enjin 1.5 liter turbo dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa sehingga 487 PS dan 762 Nm.

 

5

 

Motor elektrik itu dikuasakan oleh pek bateri litium ternary berkapasiti 37.96 kWj yang membolehkan jarak gerak sehingga 140 km (CLTC).

WEY 80 memiliki dimensi berukuran 5045 mm panjang, 1960 mm lebar, dan 1900 mm tinggi, dan jarak roda 3085 mm, sekaligus menawarkan ruang kaki yang luas.

 

6

 

Kedua-dua model baharu itu akan dipamerkan di acara KLIMS 2024 dari 5 hingga 11 Disember bersama barisan model sedia ada GWM seperti Ora Good Cat, ORA 07, TANK 300 dan HAVAL H6 HEV.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA yang bertuah berpeluang untuk memenangi baucar percutian…
Berita Domestik
Ia telah menunjukkan keputusan yang luar biasa sebanyak 62.59 peratus dari tahun ke tahun dalam…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…