KLIMS 2018: Toyota Camry baharu dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota telah selesai melancarkan sedan segmen D generasi baharu, Toyota Camry pada acara pembukaan KLIMS 2018 yang berlangsung semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dibina atas platform global TNGA, dimensi Camry juga kini lebih besar, lebih panjang jarak antara roda dan juga duduk lebih rendah, memberikan titik graviti yang rendah, struktur badan yang kukuh sebelum diakhiri dengan tetapan sistem suspensi double wishbone pada bahagian belakang.

Didatangkan dalam satu varian tunggal sahaja, Toyota Camry serba baharu ini hadir dengan enjin empat silinder 2.5 liter 2AR-FE (184PS/235 Nm) yang diwariskan secara terus daripada model terdahulu sebelum digandingkan dengan transmisi enam kelajuan automatik. 
 


Bahagian luaran menampilkan tema rekaan yang dinamik dan sporty dalam masa yang sama, dibangunkan khas untuk menarik minat golongan muda dan meninggalkan imej kereta sedan untuk golongan berumur pada model terdahulu. 

Bahagian hadapan pula tampil dengan imej yang garang, terutama pada bumper, dihiasi dengan lampu utama Bi-LED serta lampu nyalaan siang tiga lapis memberikan imej kehadiran Camry kepada umum.

Rim aloi bersaiz 18 inci dengan spoke berwarna perak terang menghiasi ruang arca roda Camry ini. 
 


Bahagian dalaman pula menampilkan rekaan papan pemuka dengan penggunaan bahan sentuh lembut (soft touch) yang memberikan perasaan premium kepada pemiliknya. 

Susun atur peralatan pula direka supaya lebih berorientasikan pemandu (driver-oriented) dan turut mengimport panel meter Optitron daripada subjenama mewah Lexus yang memberikan pembacaan yang menyenangkan mata tidak kira apa jua keadaan. 

Turut serta pada kabin ialah skrin lebar bersaiz 7 inci Multi Information Display (MID) jenis TFT dan skrin berwarna head-up display bersaiz 10 inci yang diinspirasikan daripada jet pejuang. 

Untuk hiburan kelas premium kepada para penumpang, Toyota Camry hadir dengan sistem hiburan JBL sembila buah speaker keliling, horn tweeter, subwoofer, amplifier kelas D lapan saluran dan teknologi pemprosesan bunyi Clari-Fi. 
 


Didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu Red Mica, Platinum White Pearl Mica, Silver Metallic, Graphite Metallic dan Burning Black, harga jualan disasarkan pada harga RM189,900 atas jalan tanpa insurans. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…