KLIMS 2018: SUV 7 tempat duduk Hyundai Santa Fe baharu diperkenalkan

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat SUV Hyundai Santa Fe diperkenalkan kepada tatapan pengunjung acara KLIMS 2018 bermula pada 23 November sehingga 2 Disember ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ditawarkan dalam dua varian, Executive dan Premium, dua pilihan enjin ditawarkan iaitu 2.4 liter Theta II MPI dengan transmisi automatik enam kelajuan, dan enjin diesel R2.2 VGT dengan transmisi automatik lapan kelajuan, pertama seumpamanya untuk kenderaan jenama Hyundai di Malaysia. 

Hyundai Santa Fe turut lengkap dengan penawaran ciri keselamatan seperti enam buah beg udara, pengurusan kestabilan kenderaan (VSM), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), kawalan brek menurun bukit (DBC) dan brek parkir elektrik (EPB). 
 


Ciri baharu seperti Rear Occupant Alert pula merupakan penambahan terbaharu kepada Santa Fe yang mengesan sebarang pergerakan penumpang belakang, khususnya kanak-kanak, dan akan memberikan notifikasi kepada pemandu supaya tidak meninggalkan anak-anak mereka di dalam kenderaan.

Hyundai Santa Fe kini dibuka untuk tempahan dengan harga jangkaan bermula dari RM188,000, termasuklah servis percuma dengan jarak perbatuan 50,000 km sah untuk tempoh tiga tahun, dan jaminan selama lima tahun atau 300,000 km yang mana terdahulu. 


Turut sama dipamerkan beberapa buah model Hyundai, termasuklah sebuah hot hatch Hyundai i30 N bertransmisi manual enam kelajuan!

Nikmati gambar daripada KLIMS 2018 untuk anda. 

 

Hyundai i30 N

 

Hyundai KONA

 

Hyundai KONA Electric

 

Hyundai NEXO

 

Hyundai Accent

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…