KLIMS 2018 PACU INDUSTRI AUTOMOTIF NEGARA NOVEMBER DEPAN

oleh Afandi Che Muhamad|
Lama menyepi sejak melabuhkan tirai penganjuran pada tahun 2013, Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) kini kembali menemui orang ramai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 November hingga 2 Disember depan.

Bertemakan 'Beyond Mobility', Persatuan Automotif Malaysia (MAA) selaku penganjur yakin KLIMS 2018 mampu memacu graf industri automotif negara ke arah lebih positif.

Perkara itu ditegaskan Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad dalam ucapan perasmian KLIMS 2018 semalam.

"KLIMS merupakan acara automotif yang paling mapan dan mempunyai reputasi baik di Malaysia. Justeru, kita memilih untuk terus mengekalkan penganjuran acara ini pada masa hadapan.

"Tahun 2018 merupakan masa paling sesuai bagi kita (MAA) untuk mengadakan acara pameran kereta. Penganjuran pameran seperti ini mampu menghidupkan kembali sentimen pengguna, menjelaskan kewujudan jenama, dan memperkukuhkan industri automotif negara," katanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Justeru, Aishah menyeru pemain industri automotif tempatan mengambil bahagian dalam KLIMS 2018 itu nanti kerana ia boleh dianggap sebagai hab bagi kegiatan mempromosi dan mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran.

Lebih 100 pempamer terlibat dalam KLIMS kali ini termasuk Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M.

Tambah Aishah lagi, pihaknya menjangkakan lebih daripada 350,000 orang pengunjung bakal hadir memenuhi ruang pameran berkeluasan 50,000 meter persegi sepanjang 10 hari acara itu berlangsung nanti.

Hadir sama pada majlis perasmian semalam ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Trade-Link Exhibition Services Sdn. Bhd. merangkap Pengurus KLIMS 2018, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Maklumat lanjut mengenai KLIMS 2018 boleh didapati menerusi laman web www.klims.com.my atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di Tel:+603-7842 9863.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…
Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…