KLIMS 2018: Myvi GT - Akan dilancarkan?

oleh HEZERI SAMSURI|

Perodua turut menampilkan sebuah "styling exercise" yang cukup menarik perhatian ramai - Myvi GT.

Ramai yang menggigil melihat Myvi GT itu dan di sini kami cuma senaraikan perubahan yang dilakukan serta komen kami mengenainya.

  • Lampu masih sama cuma, cuma ia kelihatan lebih European dengan garisan merah di sebelah dalam yang seolah-olah bersambung dengan satu lagi garisan merah di bahagian bawah gril hitam itu. Memang ia seperti sebuah Volkswagen Golf GTI MK7 bukan?
  • Bamper hadapan serba baharu dengan tiga lubang ternganga, memberikan imeh prestasi dan berkuasa walaupun anda berdiri 5 km dari Myvi GT ini. Mungkin sedikit melampau tetapi yang pasti, bamper ini menjadikan Myvi ini sangat agresif.

 

splitter

 

  • Splitter hadapan dengan garisan hitam mengingatkan kami kepada Nissan Almari Nismo.
  • Dua lampu DRL jenis LED di kiri dan kanan bamper hadapan - nampak seperti ditambah kemudian (after thought). Apa kata DRL itu disekalikan dengan lampu utama?

 

 

  • Overfender kecil memberikan fokus bahawa Myvi ini sudah direndahkan.
  • Roda aloi bersaiz 17-inci dengan corak ala Rays Homura dibalut dengan tayar Bridgestone RE003 205/40. 
  • Jika kombinasi roda aloi dan tayar nipis itu tidak cukup seksi, selak ke dalam dan anda akan lihat angkup brek Brembo depan dan belakang (two-pot di depan dan pot tunggal di belakang) beserta cakera cross-drilled. Ini cukup untuk menginzalkan nafsu serakah automotif anda. 
Myvi GT bontot

 

  • Side skirt dengan splitter hitam bergarisan merah yang memang sangat Nismo.
  • Bumbung suria atau sunroof pasti menggembirakan geng sunroof Alza.
  • Spoiler bumbung di belakang.

 

 

  • Lampu belakang dengan efek putih yang mengingatkan penulis kepada Toyota Alteza di zaman KRU masih muda. 
  • Skirting belakang yang lengkap dengan garisan merah halus, lampu kabus di tengah seperti kereta Formula 1 dan corong ekzos di kiri dan kanan.

 

MGT seat

 

  • Bahagian kabin menggunakan banyak bahan baldu premium Alcantara dengan tempat duduk bucket yang diberikan garisan merah.
  • Papan pemuka dibalut dengan Alcantara dan ya, masih ada garisan merah untuk mengingatkan anda ini ialah Myvi GT.

 

 

  • Stereng biasa Myvi dibuang ke Sungai Dungun dan diganti dengan stereng "flat bottomed" yang sangat digemari penulis kerana pehanya tidak pagi tersangkut di bahagian bawah stereng. 
  • Sayang sekali, Perodua masih tidak ada perancangan untuk membina Myvi GT ini. Namun begitu, jika Perodua benar-benar serius untuk menjadi cabang prestasi untuk Daihatsu (rekabentuk Perodua sentiasa lebih agresif dari rakan teknikalnya itu), hasilkan satu enjin 1.5L dengan modifikasi prestasi ringkas (talaan ECU dan sistem ekzos sudah memadai) dan hasilkan varian GT untuk Myvi ini.

 

 

Tidak ada perubahan teknikal pada enjin atau sistem transmisi untuk Myvi GT pada KLIMS 2018 ini kerana ia lebih kepada konsep rekabentuk dan idea. 

Myvi GT juga boleh dijadikan Sirion GT di Indonesia agar ia lebih "bertaring" untuk melawan Honda Jazz yang mendapat insentif CKD dari kerajaan di sana.

Paling penting, Perodua boleh menggembirakan hati penyokong-penyokong mereka yang sudah lama mendambakan sebuah "hero model" untuk dijadikan pujaan.



* Kami pernah tampilkan varian sporty Myvi ini di dalam artikel Kenapa Perodua patut ada varian sport.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…