KLIMS 2018: Modifikasi Isuzu D-Max, MU-X, enjin diesel 1.9 liter generasi baharu dipamerkan

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun ini, Isuzu Malaysia Sdn Bhd mempamerkan dua buah model konsep modifikasi trak pikap D-Max dan MU-X beserta enjin baharu 1.9 liter Ddi BluePower.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut menjalani proses modifikasi bertemakan street rugged untuk D-Max, manakala mu-X pula bertemakan off-road. 


Isuzu D-Max dihiasi dengan layangan warna armu electric blue dan highlight red, dan menerima beberapa peralatan seperti bumper besi, rim aloi tema jalanan, serta roll bar. 

Manakala bahagian dalaman pula mengambil inspirasi daripada sut askar berwarna blue metal amour. 


Isuzu mu-X pula menjalani modifikasi off-road yang besar-besaran, seperti penambahan cangkuk winch, roof tray, tayar jenis mud, dan bumper besi, serta peningkatan jarak kelegaan tanah sebanyak 3 inci. 

Kesemua modifikasi di atas merupakan penambahbaikan setelah Isuzu mu-X ini menyertai acara berprestij Borneo Safari. 
 


Selain daripada itu, Isuzu turut sama mempamerkan enjin diesel baharu RZ4E-TC Ddi BluePower, enjin generasi baharu yang dihasilkan menerusi kajian menyeluruh selama empat tahun di dalam teknologi diesel. 

Salah satu ciri utama ialah tahap penjimatan bahan api, terima kasih kepada penyuntik bahan api common rail bertekanan 200 Mpa yang menghasilkan kadar semburan diesel yang lebih halus, seterusnya melengkapkan kadar pembakaran bahan api. 

Kadar pelepasan emisi Nox juga turut direndahkan dengan bantuan Variable Geometry Turbo Charger system (VGS) dan sistem pengaliran semula gas ekzos (EGR).

Enjin baharu ini lebih ringan 20% berbanding enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo, namun masih mampu menghasilkan 150 kuasa kuda dan daya kilas 350 Nm yang masuk penuh pada 1,800-2,600 rpm. 

Secara ringkasnya, RZ4E-TC ini memberikan peningkatan kuasa lebih 10%, daya kilas (9.4%), pecutan yang lebih pantas (8.2%) serta kadar penjimatan bahan api yang lebih baik (19%). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…