KLIMS 2018: Kawasaki Ninja ZX-6R, ZX-10RR dilancarkan, harga bermula dari RM79,900

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah membawa masuk dua buah superbike secara rasmi untuk pasaran Malaysia, iaitu Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Kawasaki Ninja ZX-6R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut telah diperkenalkan dalam majlis yang sama selepas pelancaran produk pelincir Kawasaki dan Idemitsu sebentar tadi, dan dilancarkan oleh Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia dan Dato' Jeffrey Lim, Pengarah Kawasaki Motors Malaysia. 


Kawasaki Ninja ZX-10RR 2019 yang dibina berasaskan jentera perlumbaan Kejohanan Superbike Sedunia (WSBK) Kawasaki Racing Team (KRT), dan menerima naik taraf seperti rod penyambung jenis titanium kustom yang ringan dan mengurangkan daya inertia aci engkol sebanyak 5%.

Perubahan yang dilakukan memberikan peningkatan kuasa kepada 204 PS, selain menaikkan kadar daya kilas rata berbanding model terdahulu dan mengekalkan karakteristik jentera yang mudah dikendalikan.

Untuk menyaingi spesifikasi asal jentera perlumbaan, sistem suspensi hadapan dan belakang telah diubahsuai bagi memastikan pemindahan berat yang lancar ketika pecutan dan pemberhentian di atas litar, sebelum diakhiri dengan tayar prestasi Pirelli Diablo Supercorsa SP. 
 


Dengan 500 unit produksi terhad, Kawasaki Ninja ZX-10RR merupakan produk yang paling hampir dengan jentera WSBK. 
 

 

Kawasaki Ninja ZX-6R


Sebuah lagi produk Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 dilancarkan dengan enjin 636 cc. 

Peningkatan terhadap sesaran 37 cm3 memberikan daya kilas pada putaran enjin yang rendah dan pertengahan yang sesuai untuk digunakan untuk tunggangan harian, dibantu dengan penggunaan nisbah gear yang baharu.

Kawasaki Ninja ZX-6R turut menampilkan kawalan cengkaman, pengurusan sistem brek, dan Kawasaki Quick Shifter (KQS) dengan ciri penukaran gear tanpa klac yang memberikan tunggangan yang lebih sporty. 
 


Untuk memberikan lebih cengkaman ketika tunggangan, Kawasaki melengkapkan tayar sport BATTLAX Hypersport S22 sebelum dibantu dengan sistem brek Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS). 

Seni reka Kawasaki Ninja ZX-6R dimulakan dengan lampu utama berkembar jenis LED, lampu belakang yang diinspirasikan daripada Ninja ZX-10R, serta panel meter analog yang disertakan dengan LCD pelbagai fungsi. 
 


Kawasaki Motors Malaysia mengumumkan harga jualan adalah seperti berikut: 

  • Kawasaki Ninja ZX-10RR - RM159,900 (jangkaan tiba lewat Mac/awal April 2019)
  • Kawasaki Ninja ZX-6R - RM79,900 (jangkaan tiba lewat Feb/awal Mac 2019)
     

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…