KLIMS 2018: Kawasaki, Idemitsu lancar produk pelincir di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya di Malaysia, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan produk pelincirnya tersendiri untuk pasaran tempatan, menerusi kerjasama dengan Idemistu Lube (Malaysia) Sdn Bhd.

Dalam majlis yang sama, Kawasaki Motors turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama Idemitsu Lube (Malaysia) Sdn Bhd yang dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki, Ahmad Faez bin Tan Sri Yahya, Dan Pengarah Urusan Idemitsu Lube Malaysia, Shin Obata. 

Dua produk dilancarkan, iaitu minyak pelincir 4T Semi Synthetic dan 4T Fully Synthetic Genuine Oil, direka khas untuk para pemilik motosikal Kawasaki di Malaysia. 
 


Menurut Ahmad Faez, minyak pelincir Semi Synthetic merupakan pelincir sintetik yang diadun khas untuk enjin berprestasi tinggi dan menawarkan perlindungan maksimum, manakala 4T Synthetic pula merupakan pelincir kualiti premium bagi memberikan kuasa dan prestasi yang optimum.

Kedua-dua produk pelincir 4T tersebut menawarkan kadar penggunaan bahan api, kawalan penukaran gear, dan prestasi klac basah yang terbaik, terima kasih kepada karakteristik ciri pengaliran pada suhu yang rendah meminiumkan kelusuhan komponen enjin ketika operasi suhu sejuk, dan kestabilan termal yang mampu mengelakkan perubahan kelikatan pelincir.

Ia juga mampu mengurangkan penghasilan deposit bahan terbuang serta memastikan enjin sentiasa bersih. 


Harga jualan produk pelincir adalah seperti berikut:

  • 4T Semi Synthetic Oil 10W-40 SL JASO MA2 - RM29.90
  • 4T Fully Synthetic Oil 10W-40 SL JASO MA2 - RM39.90

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Bersempena dengan ulang tahun ke-30 Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal…
Berita Domestik
Majlis perasmian kempen ini disempurnakan oleh YB Dato' Rosli bin Isa, Ketua Pengarah JKJR serta…