KLIMS 2018: Illumination Perodua pamer masa hadapan jenama nasional nombor 1

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perodua kali ini terus berusaha gigih untuk membuktikan ia sudah bersedia untuk bergerak dengan lebih agresif bersama rakan teknikal mereka, Daihatsu.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, pameran mereka di KLIMS 2019 lebih ke arah kilasan akan arah masa hadapan jenama itu demi untuk memenuhi jangkaan pelanggan mereka yang sentiasa berkembang.

"Bertemakan Illumination (pencahayaan), sudut pameran Perodua menggambarkan visi dan cita-cita kami untuk terus mencetuskan idea-idea yang sejajar dengan keperluan dan kehendak pelanggan masa hadapan kami,” katanya.

 

 

Selain dari model X-Concept dan Myvi GT yang dipamerkan, Perodua melepaskan tirai teknologi hybrid mereka yang dibangunkan bersama dengan Daihatsu Motor Company of Japan.

Menurut informasi yang diterima, produk generasi baharu Perodua akan menggunakan teknologi hybrid yang mirip seperti yang digunakan oleh Toyota.

 

 

Ini adalah perkembangan yang menarik kerana pelanggan akan mendapat teknologi canggih dari jenama besar itu pada harga yang lebih mampu milik.

Dan seperti yang kami sendiri lihat, pihak Daihatsu akan memastikan Perodua akan terbabit di dalam latihan teknikal serta pembangunan teknologi terbaharu.

 

 

Ini lebih meyakinkan kerana teknologi dari Jepun sudah lama terbukti, lebih lasak dan hanya akan menjanjikan prestasi yang sudah dibuktikan.

Paling penting, rakyat Malaysia di Perodua masih menjadi ketua dan bukannya hanya menjadi "penghias majlis" atau "pencukup kuota". 

 

 

Perodua juga mempromosikan jualan aksesori Gear Up mereka dan juga memberikan pakej pembelian terbaik untuk mereka yang mahu membeli Perodua mereka di sana.

Jangan lupa, singgah dan lihat model-model konsep Perodua di KLIMS 2018!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…