KLIMS 2018: Honda pamer varian baharu HR-V RS

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia Sdn Bhd mempamerkan varian terkini crossover kompak HR-V RS sempena acara KLIMS 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Honda, sejak tempahannya dibuka pada Julai lalu, sebanyak 4,100 unit tempahan telah diterima untuk HR-V baharu sehingga ke hari ini. 


HR-V RS menampilkan beberapa perubahan daripada segi spesifikasi seperti lampu utama, lampu nyalaan siang, lampu kabus serta kombinasi lampu belakang kesemuanya daripada jenis LED. 

Bahagian luaran pula menampilkan beberapa perubahan seperti rim aloi 18 inci, gril hadapan, kemasan pada bumper hadapan dan belakang serta perincian pada beberapa bahagian yang berwarna hitam. 
 


Ruangan dalam kabin pula menampilkan tempat duduk dengan kemasan berwarna Ivory, selain daripada kebolehan untuk mengubah kedudukan lapan cara untuk pemandu, paddle shifter. 

Dari segi keselamatan, Honda HR-V RS menerima ciri-ciri seperti enam beg udara, isyarat berhenti kecemasan (ESS), bantuan kestabilan kenderaan (VSA), bantuan mula mendaki (HSA), Honda LaneWatch, serta kamera undur pelbagai sudut. 
 


Tiada sebarang perubahan dari segi aspek kuasa, memandangkan Honda HR-V masih mengekalkan enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC yang dipadankan dengan transmisi CVT daripada Earth Dreams Technology, manakala aspek pengendalian pula ditambah baik dengan ciri Variable Gear Ratio (VGR) untuk pemanduan yang lebih sporty. 

Honda HR-V RS boleh dilihat secara dekat di booth Honda pada acara KLIMS 2018 bertempat di MITEC bermula 23 November sehingga 2 Disember ini.