KLIMS 2018: Honda ketengahkan tema Frontier of Innovation

oleh Mohamad Hanif|
Selaku pembuka selera kepada acara pertunjukan KLIMS '18, Honda dengan bangganya membawakan kepada para pengunjung tema Frontier of Innovation.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak Honda juga telah menyediakan beberapa hentian bagi membolehkan para pengunjung merasai sendiri revolusi teknologi yang dirintis oleh Honda. 

Berikut merupakan senarai pitstop yang wajib dikunjungi oleh para pelawat KLIMS'18 di booth Honda. 

 

1. Fuel Cell Vehicle - Clarity Fuel Cell


Honda membawa masuk model Clarity Fuel Cell bagi memperlihatkan kepada pengunjung teknologi gabungan motor elektrik dan tenaga elektrik yang dijana daripada hidrogen untuk pecutan pantas dan emisi sifar. 

 

 

2. Honda Sensing


Honda Sensing terdiri daripada tujuh tunjang utama iaitu:

  • Adaptive Cruise Control
  • Low Speed Follow
  • Forward Collision Warning
  • Collision Mitigation Braking System
  • Lane Keep Assist System
  • Road Departure Mitigation
  • Lane Departure Warning

Ia mula diperkenalkan pada tahun lalu menerusi model CR-V, sebelum diaplikasikan kepada Accord dan Odyssey. 

Di booth Honda, mereka menggunakan simulasi berbentuk troli membeli belah bagi memberikan pengalaman merasai ciri keselamatan tersebut kepada para pengunjung.

 

 

3. VTEC Turbocharged


Honda membawakan kepada para pengunjung model prestasi Civic Type R bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan lebih dekat kepada model yang menggunapakai enjin VTEC berkuasa turbo 310 PS dan 400 Nm daya kilas. 

 

4. Sport Hybrid
 


Teknologi Intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) diperkenalkan pada tahun 2017 di Malaysia, menjadikannya satu-satu negara yang menawarkan teknologi ini selain daripada Jepun.

Transmisi klac berkembar (DCT) ini menggunakan sistem penukaran gear elektronik shift-by-wire untuk maklum balas yang lebih sporty tanpa sela masa. 

Teknologi Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) merupakan sistem hibrid generasi baharu, terdiri daripada lima komponen utama yang bergabung dan menawarkan prestasi pecutan terbaik dan tahap kecekapan penggunaan bahan api yang tinggi. 

Ia dipamerkan dalam bentuk keratan rentas badan di booth Honda. 

 

5. Bilik Sensory


Bilik khas ini membolehkan para pengunjung merasai sendiri pengalaman apabila didedahkan kepada teknologi termaju Honda seperti yang disebutkan di atas. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…