KLIMS 2018: DRB-Hicom Commercial Vehicle bawakan kenderaan komersil Tata Motors

oleh Mohamad Hanif|
Tata Motors dan DRB-Hicom Commercial Vehicle (DHCV) selaku pengedar eksklusif kenderaan komersil jenama Tata di Malaysia mempamerkan beberapa buah kenderaan komersil pada acara KLIMS 2018 yang sedang berlangsung sehingga 2 Disember ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara yang dipamerkan termasuklah trak pick up bersaiz kecil Tata Super Ace, trak Tata Ultra 814 7.5T dan juga prime mover Tata Prima 4038.S 4X2 dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di samping mengetengahkan rekaan kenderaan pintar dan penyelesaian yang terbaik kepada para pelanggan. 

 

Tata Super Ace


Trak mini 1 tan ini merupakan penyelesaian kepada pengangkutan antara bandar dan di dalam bandar, dikuasakan enjin 1,405 cc diesel dan didatangkan dalam bentuk badan seperti trak makanan (Tata Super Ace Food Truck).

 


Manakala model Tata Super Ace Reefer Body sesuai untuk mengangkut muatan barangan makanan mudah rosak, ais dan sebagainya. 

 

Trak Tata Ultra 814


Dilengkapi enjin NG 3.0 liter yang menghasilkan 140 kuasa kuda, ia menawarkan muatan sehingga 4.5 tan dengan pilihan badan setinggi 5.5 meter yang mampu memberikan pengangkutan yang lebih baik, sesuai untuk pengangkutan barang untuk jarak jauh. 

Terdapat juga pilihan versi Ultra 1014 yang menawarkan jarak roda yang panjang, iaitu sekitar 4,520 mm bagi pelanggan atau perniagaan yang bersesuaian. 

 

Tata Prima, Prime Mover 4038.S 4X2


Tata Prima Prime Mover 4038.S 4X2 ini merupakan trak generasi baharu yang menawarkan prestasi bertaraf dunia, kecekapan bahan api, dan juga keselamatan. 

Ia menggabungkan beberapa input teknologi daripada seluruh dunia, seperti Itali, enjin daripada Amerika Syarikat dan Eropah, transmisi daripada Jerman, casis daripada Mexico, bahan binaan logam daripada Jepun dan Korea serta diakhiri dengan kepakaran robotik daripada Sweeden. 

Untuk kesesuaian mana-mana perniagaan, Tata Prima Prime Mover ini didatangkan dengan konfigurasi 4X2 dan 6X4 (Tata Prima 4938.S).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatamotors.com.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Melalui entiti gabungannya Amplus Power Supply Private Limited, Gentari telah menandatangani MoU…
Berita Global
Bercakap mengenai perkongsian terbaharu ini, CEP PETRONAS Lubricants India, Pranav Bhanage berkata…
Berita Global
Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini, namun ia dikatakan bakal bersaing dengan model-model…