KLIMS 2018: Boon Siew lancar skuter PCX Hybrid, Forza dan superbike CBR1000RR Fireblade

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda telah melancarkan tiga buah motosikal iaitu Honda PCX Hybrid, Honda Forza dan Honda CBR1000RR Fireblade dalam acara KLIMS 2018 yang berlangsung semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda PCX Hybrid


Skuter PCX Hybrid AT premium merupakan model pembuka acara pelancaran semalam, dikuasakan oleh enjin 150 cc digandingkan dengan bantuan sistem bateri lithium-ion membolehkan maklum balas pendikit lebih tepat dan pecutan yang lebih baik. 

Terdapat tiga mod tunggangan disertakan iaitu 

  • Mod D - tunggangan selesa, penggunaan bahan api lebih baik
  • Mod S - tunggangan sporty
  • Mod Idling OFF - nyahaktif fungsi Idling Stop System (ISS)

Honda PCX Hybrid turut diintegrasikan dengan ciri Enhanced Spart Power (eSP) menawarkan penjimatan bahan api dan prestasi yang memuaskan. 

Skuter hibrid ini dijual pada harga dari RM13,499. 

 

Spesifikasi Honda PCX Hybrid

 

Enjin: silinder tunggal empat lejang
Transmisi: V-matic
Sesaran: 150 cc
Kuasa: 10.8 kW/13.6 Nm @ 6,500 rpm
Motor elektrik: 1.4 kW/4.3 Nm @ 3,000 rpm
Mod tunggangan: Mod tunggangan (D), Sport (S), Idling OFF (nyahfungsi Idling Stop System, ISS)
Lampu utama: LED
Tangki bahan api: 8 liter
Warna: Pearl Dark Night Blue
Tayar/Rim: 100/80(depan) 120/70 (belakang)/ rim 14 inci

 

Honda Forza


Sebuah lagi model skuter automatik dilancarkan, Honda Forza dikuasakan oleh enjin 279 cc yang mampu menjana kuasa 18.5 kW dan daya kilas maksimum 27.2 Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi V-Matic, memberikan kadar penggunaan bahan api 31 km/liter (data WMTC) menggunakan setangki penuh 11.5 liter. 

Honda Forza menerima ciri seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), brek ABS, Honda SMART Key System, lampu LED, ruang penyimpanan kargo yang mampu memuatkan dua buah topi keledar serta skrin elektrik boleh laras. 

Honda Forza dijual pada harga RM30,999.00.

 

Spesifikasi Honda Forza


Enjin: empat lejang dengan sejukan cecair
Transmisi: Belt Drive (V-Matic)
Sesaran: 279 cc
Kuasa: 18.5 kW/27.2 Nm @ 5,750 rpm
Tangki bahan api: 11.5 liter
Lampu utama: LED
Ciri: Honda Selectable Torque Control (HSTC), ABS, Smart Key System, soket kuasa 12V, skrin elektrik boleh laras
Warna: Pearl Horizon White, Sword Silver Metallic, Asteroid Black Metallic
Tayar/Rim: Depan 120/70 rim 15, belakang 140/70 rim 14
 

 

Honda CBR1000RR Fireblade


Sebuah motosikal dalam segmen superbike satu liter, Fireblade 2019 dilancarkan dalam usaha untuk memberikan lebih pilihan motosikal berkuasa tinggi Honda di Malaysia. 

Dikuasakan enjin empat lejang DOHC 998 cc, ia mampu menjana kuasa setinggi 141 kW dan daya kilas 114 Nm, ia digabungkan dengan teknologi HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, Quickshifter dengan Downshift Assist, dan Power Selector.

Honda CBR1000RR didatangkan dengan Riding Mode Select System (RMSS), menawarkan tiga mod tunggangan yang dibantu dengan pengendalian daripada sistem suspensi Showa dan bantuan Honda Electronic Steering Damper. 

Terdapat dua pilihan warna menarik, iaitu Grand Prix Red dan Matt Ballistic Black Metallic, CBR1000RR Fireblade dijual pada harga RM91,999.00 atas jalan tanpa insurans.

 

Spesifikasi Honda CBR1000RR Fireblade


Enjin: empat lejang 
Transmisi: Manual enam kelajuan mekanikal
Sesaran: 998 cc
Kuasa: 141 kW/114 Nm @ 11,000 rpm
Tangki bahan api: 16.2 liter
Suspensi: Showa dengan Honda Electronic Steering Damper
Mod tunggangan: Riding Mode Select System (RMSS) dengan tiga mod litar, jalan berliku dan jalan biasa
Ciri: Honda Selectable Torque Control (HSTC), Selectable Engine brake (SEB), ABS, Quickshifter dengan Downshift Assist, Power Selector,
Warna: Grand Prix Red, Matt Ballistic Black Metallic
Tayar/Rim: Depan 120/70 rim 17, belakang 190/70 rim 17
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dibangunkan oleh Honda Racing Corporation untuk bertanding di dalam World Superbike Championship,…
Berita Global
Beberapa tahun lalu, mesin rumput Honda Mean Mower menjadi mesin paling pantas di dunia dengan…