KLIMS 18: Kenapa SUV Perodua mirip Toyota Rush yang sudah dilancar?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perodua menjemput pengunjung KLIMS 2018 untuk mengintai model SUV atau New Sport Utility mereka.

Pakar kami memberikan kepastian 90 peratus bahawa hasil intaian beliau mendapati SUV baharu Perodua itu memang berdasarkan model Toyota Rush 2018 yang baharu dilancarkan di Malaysia bulan lalu.

Memang nampak jelas model Perodua dengan nama kod D38L itu dibina berdasarkan SUV 7-tempat duduk Toyota, terutama bahagian hud enjin, lampu hadapan dan bahagian sisi.

Careta juga menjangka ia akan dijana menggunakan enjin petrol 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i yang juga digunakan oleh Toyota Rush, Toyota Avanza dan juga Perodua Myvi. 

Transmisi juga besar kemungkinan unit 4-kelajuan automatik yang sama dan terbukti tahan lasak.

Aktiviti skodeng yang dilakukan oleh Perodua juga memberi petanda bahawa SUV ini tidak akan dilancarkan dalam bulan ini atau bulan Disember kerana sudah terlalu lewat.

Jangkaan Careta, Perodua akan melancarkan SUV ini pada awal tahun 2019. Lebih baik kerana ia akan dianggap sebagai model 2019, bukan model setahun lewat.

Namun begitu pasti akan ada yang tertanya, kenapa Perodua mahu melancarkan model yang sudahpun dilancarkan oleh UMW Toyota di sini.

Di bawah ialah apa yang kami rasakan kenapa fenomena ini bakal terjadi.

  1. Secara teknikal, model Toyota Rush memang dibangunkan dan dipasang oleh Daihatsu. Jadi ia boleh dikatakan bahawa Toyota Rush ialah model "rebadged" Daihatsu Rush. Kedua-dua model ini mampu berkongsi komponen. Malah, Toyota Rush di Malaysia memang sudah dipasang di kilang milik Perodua.
  2. Toyota Rush pasti akan mempunyai harga yang lebih tinggi dan juga Careta rasa, ia akan mempunyai kelengkapan yang unik kepada Toyota sahaja.
  3. Model Perodua akan dijual dengan harga yang lebih mampu milik tanpa dikurangkan aspek-aspek penting seperti keselamatan. Mungkin yang tidak ada ialah aksesori kemewahan. Strategi ini sudah digunakan di Indonesia di mana Toyota menjual Rush dan Daihatsu menjual model yang sama di bawah nama Terios.
  4. Kos penyelenggaraan Perodua kemungkinan besar rendah sedikit dari Toyota, walauoun tidak banyak. Ini akan menjadi daya tarikan kepada mereka yang mahu berjimat. Jangan risau kerana kos penyelenggaraan Toyota sendiri lebih rendah dari banyak jenama lain.
  5. Ini mungkin satu strategi perniagaan Perodua, Daihatsu dan Toyota di mana mereka berkongsi tiga jenama atas satu model yang sama untuk bersaing dengan jenama-jenama yang lain.
  6. Perodua mempunyai lebih banyak pusat jualan dan pusat khidmat selepas jualan.

Bagi mereka yang mahu membeli SUV dengan jenama dan teknologi yang sudah lama terbukti, mungkin anda patut tunggu sehingga tahun hadapan. 

Jangan beli kerana cantik dan canggih sahaja kerana selepas enam bulan, semua itu sudah jadi "biasa" dan kemudian menjemukan. 

Yang tinggal ialah kos servis dan penyelenggaraan serta bayaran bulanan yang harus dilunaskan setiap bulan selama sehingga sembilan tahun.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…