KLIA dan Lapangan Terbang Kuching terima akreditasi kesihatan global

oleh HEZERI SAMSURI|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching telah menerima Akreditasi Kesihatan Global (AHA) dari Majlis Antarabangsa Lapangan Terbang (ACI).

Menurut ketua eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, akreditasi itu adalah bukti pengendali lapangan terbang yang komited untuk memastikan keselamatan premis mereka.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Beliau menambah antara ciri terbaharu yang bakal diwujudkan di KLIA ialah sistem token tunggal yang menggunakan teknologi pengecaman muka bagi perjalanan tanpa-sentuh untuk pengembara-pengembara yang menggunakan lapangan terbang itu.

Kedua-dua lapangan terbang tempatan itu dibandingkan dengan piawaian global selaras dengan garis panduan ACI Aviation Business Restart And Recovery dan juga cadangan dari Council Aviation Recovery Task Force dari International Aviation Organisation (ICAO).

Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen yang dikendalikan oleh Malaysia Airports turut menerima akreditasi yang sama awal tahun lalu.

Empat lagi lapangan terbang tempatan sedang ditaksir untuk tujuan yang sama.

* Laporan asal dari Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model…
Berita Domestik
"Suspek memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada seorang penumpang dari…
Berita Domestik
"Lapangan terbang di rantau ini semua berusaha menaik taraf, KLIA juga mesti buat pembaikan dan…