KLIA: Akui, perbaiki kelemahan jika ada - Timbalan Menteri

oleh Firdaus Razani|
Sebarang kelemahan khususnya dari segi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) harus diakui dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata beliau bagaimanapun sedia maklum bahawa sudah banyak pembaharuan yang telah dilakukan pihak pengurusan KLIA ketika ini.

"Sebagai rakyat Malaysia kita kena lihat apa sebab utama KLIA telah 'diiktiraf' sebagai salah satu lapangan terbang yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik.

"Tetapi dengan banyak pembaharuan yang saya lihat dibuat pihak pengurusan KLIA, pastinya kerajaan dalam masa yang sama mempunyai perancangan yang baik dan menarik pada masa akan datang.

“Jadi apa pun kelemahan kena akui dan pastikan setiap kelemahan itu diperbaiki dan seterusnya jadi kekuatan dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Penyampaian Standard Kraftangan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan.

 

SUMBER : BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
Kedudukan tersebut menyaksikan KLIA telah turun empat anak tangga dari kedudukan sebelumnya iaitu…
Berita Domestik
Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata lapangan terbang itu akan direka bentuk semula…