Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi satu hantaran media sosial sebentar tadi, selepas beliau menandatangani dokumen rasmi pengoperasian semula perkhidmatan tren berkenaan.
KLIA Aerotrain merupakan sistem tren automatik yang menghubungkan bangunan utama Terminal 1 KLIA dengan bangunan satelit (Satellite Building), yang memainkan peranan penting dalam melancarkan pergerakan penumpang antarabangsa dari satu terminal ke terminal yang lain.

"Ini adalah tren yang bawa penumpang ulang-alik antara Main Terminal dan Satellite Building, supaya perjalanan lebih cepat dan selesa di KLIA Terminal 1," jelas Anthony.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus siang malam untuk memastikan perkhidmatan Aerotrain dapat kembali beroperasi seperti biasa.

Aerotrain sebelum ini dihentikan sementara operasi akibat masalah teknikal dan kerja penyelenggaraan sistem. Sejak itu, penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik sebagai alternatif, yang sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran operasi dan pengalaman pengguna di KLIA.
Kini dengan kembalinya Aerotrain, dijangka aliran trafik penumpang akan kembali lebih efisien dan lancar tepat pada masanya menjelang musim cuti sekolah dan perayaan yang bakal tiba.
Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook