KLBS2023: WMoto SX2-300 & Moto Morini X-Cape 650X kembali bersaing dalam Rimba Raid Taman Negara 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di KL Bike Show 2023 yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur, MForce turut mengumumkan penyertaannya dalam Rimba Raid Taman Negara 2023 bersama dua model, iaitu WMoto SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjadi tahun keduanya, tahun ini juga kedua-dua jentera itu akan ditunggang oleh dua beradik iaitu Muhamad Nazmee bin Ramlee dengan Moto Morini X-Cape 650X dan Muhamad Amirul bin Ramlee dengan WMoto SX2-300.

 

2

 

Pada perlumbaan Rimba Raid tahun lepas, WMoto SX2-300 berjaya meraih tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori C manakala Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan dengan kedudukan ke-15 keseluruhan, dan pelumba Malaysia yang ketiga untuk kategori B.

Perlumbaan tahun ini bakal menyaksikan cabaran yang lebih hebat di mana kedua-dua jentera dan pelumba bakal menghadapi laluan sepanjang 250 km berbanding 150 km pada tahun lepas.

 

3

 

Perlumbaan tahun ini pastinya bakal menguji kekuatan mental dan fizikal pelumba, serta kebolehan maksimum kedua-dua motosikal WMoto SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X.

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini juga menyaksikan tandatangan perjanjian diantara kedua-dua pelumba bersama Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad dan Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Moto Morini, Ethan.

 

4

 

Langkah MForce untuk terus menyertai Rimba Raid pastinya dapat membantunya menilai semula tentang kekuatan dan kelemahan, serta membantu dalam penyempurnaan prestasi motosikal- motosikal tersebut semasa perlumbaan.