Klassen tawar pakej kalis peluru untuk Rolls-Royce Cullinan - harga RM4 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Umum amat mengetahui bahawa jenama Rolls-Royce bukanlah satu jenama marhaen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di Malaysia, Rolls-Royce Cullinan yang gagah perkasa itu memiliki tanda harga bermula dari RM1.8 juta, sudah semestinya berada di luar kemampuan kebanyakan para pembaca Careta.

Namun, untuk golongan VVVVVVVVVVIP yang mahukan Cullinan dengan pakej perlindungan menyeluruh daripada serangan peluru, Klassen ada jawapannya.
 

Cullinan


Pakej yang ditawarkan oleh Klassen merangkumi perlindungan 360 darjah terima kasih kepada solusi perisai yang mampu memenuhi piawaian CEN 1063 Level BR6.

Pemasangan perisai turut merangkumi bahagian seperti siling dan lantai di mana ia dikatakan mampu bertahan di bawah serangan dua unit bom tangan DM51 yang meletus secara serentak.

Tidak cukup dengan itu, Klassen turut menggunakan kaca kalis peluru berlapis, serta tambahan perisai yang mampu melindungi komponen elektronik seperti bateri dan modul kawalan.

Selain daripada itu, Klassen turut memperkukuh beberapa bahagian seperti engsel pintu, sistem suspensi serta penggunaan tayar jenis run-flat.
 

Cullinan


Sebuah SUV berperisai tidak perlu bosan ruang kabinnya, begitu juga Cullinan yang mahal harganya ini.

Klassen turut menawarkan pakej penyesuaian merangkumi penggunaan bahan berkualiti tinggi sebagai 'pelengkap' kepada penawaran yang dibuat oleh Rolls-Royce.

Tidak diberitahu apakah yang akan ditawarkan namun kami yakin dan pasti bahasa mudahnya adalah wang yang berkepuk-kepuk makan tak habis tujuh keturunan.

Untuk pasaran Eropah, Cullinan Klassen ini dijual pada harga 833,000 euro atau RM4,003,819 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa, di mana Klassen memerlukan tempoh masa sehingga tiga bulan untuk menyiapkan sebuah unit Cullinan.
 

Cullinan


Harga RM4 juta untuk sebuah SUV kalis peluru. Anda sanggup?

Mungkin menteri atau sultan sanggup.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada dua nama tersebut, jenama lain juga tidak terlepas daripada sentuhan Klassen…