KL Auto lancar kamera untuk pemandu Uber/Grab: RM199

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rangkaian kedai aksesori kereta terkemuka di kalangan penggemar audio dan juga produk AutoFoam, KL Auto kini melancarkan pakej kamera kabin untuk pemandu Grab dan Uber.

Menurut Desmond Chong, pemilik KL Auto, kamera jenis Marbella VR4 DVR ini sebenarnya ialah sebuah dashcam tetapi sesuai digunakan untuk kamera kabin kerana lens yang mempunyai pandangan 120-darjah serta visual yang terang walaupun di dalam keadaan kurang cahaya.

Desmond berkata syarikat beliau membuat keputusan untuk membawa produk ini setelah terbaca akan masalah-masalah pemandu Uber dan Grab.

Marbella ialah antara kamera paling popular yang digunakan oleh pemandu Grab dan Uber di Singapura. 

marbella desmond

 

Di bawah ialah spesifikasi kamera tersebut:

  • Skrin 3.19’’ TFT LCD
  • Full HD1080P Video Resolution @ 30FPS
  • 12MP Still Image
  • 120° Wide Viewing Angle
  • 3-Axis G-Sensor
  • Motion Detection
  • Automatic Night Mode Recording
  • Screen Saver Mode
  • Audio Recording
  • Loop/Cycle Recording
  • Date Stamp supported
  • Video Code: H.264
  • Built-in Mic & Speaker
  • Support HDMI & USB 2.0 Output
  • Support up to 32GB MicroSD Card

Sensor 3-Axis itu pula mengesan impak yang berlaku semasa perlanggaran dan akan menghalang kamera dari terus merakam dan memadamkan memori lama bila penuh.

Ini sangat penting kerana ada kamera yang masih merakam berjam-jam selepas perlanggaran kerana pemandu terlupa atau cedera untuk menutup kamera dan hasilnya video kemalangan yang direkodkan telah dipadamkan dan direkod dengan video baharu.

Pakej dengan harga RM199 ini termasuk pemegang untuk cermin (suction mount), pengecaj kereta dan percuma kad memori MicroSD 8GB Class 10. Ini tidak termasuk kos pemasangan. Waranti ialah selama setahun.

 

KL Auto shop

 

Tawaran hanya sah sehingga 15 Julai 2017. Hubungi Desmond di 017-2823 073, Hector di 017-6730 602 dan Sam di 017-6649 033 atau anda waze sahaja KL Auto di Jalan Ipoh atau Glenmarie.

Dan bila di sana, cuba tanyakan produk Auto Foam mereka yang popular di Asean itu.

 

autofoam poster

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…