KKR siasat jalan lubang ragut nyawa di Meru

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menjalankan siasatan dan laporan terperinci mengenai kemalangan membabitkan seorang kerani yang maut digilis treler selepas terlanggar lubang besar di Batu 5, Jalan Meru, Klang pada Sabtu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu berkaitan pampasan kepada keluarga mangsa juga dibincangkan selepas laporan tersebut diperoleh.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

"KKR bersimpati dengan pihak terlibat dalam kemalangan berkenaan dan perkara ini akan disiasat dengan teliti," katanya ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Seksyen 6 Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) di Plaza Tol Assam Jawa pada Isnin.

Ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil keluarga mangsa, Nanta memberitahu, perkara itu terpulang kepada pihak terbabit.

Mengulas mengenai kejadian itu berpunca akibat jalan rosak sejak tiga tahun lalu, Nanta memberitahu, beliau tidak mengetahui dakwaan terbabit.

"Saya tidak tahu perkara itu rosak dan kita tunggu siasatan dilakukan," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya memang akan melakukan turapan jalan yang rosak menerima sistem aduan MyJalan.

"Setakat ini, kita sudah menerima kira-kira 4,000 aduan berkaitan masalah jalan di seluruh negara.

"Faktor Monsun Timur Laut juga mungkin antara faktor jalan menjadi rosak," katanya.

- mungkin tiada kaki tangan KKR yang pernah guna jalan di Klang dan tiada seorang pun yang tinggal di kawasan Klang, sebab itu mereka tidak menyedari bertapa teruknya jalan di kawasan sana -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dua minggu lalu, saya melawat ke makmal JKR dan di sana pelbagai ‘pavement’ diuji dengan teknik…
Berita Domestik
"Setahu saya, kerja turapan mengikut SOP sedia ada. Sekurang-kurangnya kita ada sistem yang…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tempoh itu pihaknya menerima…