Kita racun BOSS baru dengan LAPAN info ini!

oleh Mohamad Hanif|
Katalah apa pun, segmen SAV mewah kelas besar memang dipegang oleh BMW X5.
Malah X5 ini sudah menjadi satu kenderaan lazim untuk ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka mungkin mempunyai pelbagai kenderaan lain tetapi yang mereka akan gunakan setiap hari ialah BMW X5 ini kerana ia praktikal, boleh diharap dan penuh dengan ciri-ciri keselamatan.

BMW Malaysia kini mempunyai varian Plug-In Hibrid baharu untuk SAV itu - X5 xDrive45e dan ia turut mendapat nama gelaran baharu - The Boss.

Ini lapan perkara yang anda perlu tahu mengenai Boss baharu.

 

1. Sebelum beli, tengok dulu secara maya!


Walaupun kebanyakan operasi perniagaan sudah pun bermula, terima kasih kepada kerajaan, tapi macam biasalah, anda perlu mematuhi penjarakan sosial serta pemeriksaan yang diperlukan sebelum memasuki premis.

Leceh untuk bos-bos besar.

Jadi, anda tak perlu ke dewan pameran untuk lihat X5 baharu ini, cuma klik pautan di bawah untuk ke dewan pameran maya.

https://app.bmw.com.my/AR/X5

 

2. Harga lebih rendah!
 

Varian X5 xDrive45e ini mempunyai tanda harga yang jauh lebih rendah (RM440,745) dari varian X5 xDrive40i M Sport (RM618,800).

 

3. Boss ini lebih bertenaga dari X5 hibrid lama


Versi X5 hibrid lama menggunakan enjin N20 2.0L turbo.

Versi X5 kali ini menggunakan enjin B58 3.0L 6-silinder sebaris yang bukan setakat lebih berbisa, tetapi jauh lebih lancar.
Prestasi maksimum X5 xDrive45e ini ialah 394 PS dan 600 Nm!!!

 

4. Ke tepi kereta sport, BOSS ini pun lebih pantas


Walaupun ia sebuah SAV besar, X5 xDrive45e ini mempunyai prestasi pemanduan yang menggiurkan.

0-100 kmsj dalam masa cuma 5.6 saat. Halaju maksimum ialah 235 kmsj.

Ini bermakna, X5 hibrid dahulu cuma menggigit kuku sahaja sambil melihat.

 

5. Bateri hibrid lebih besar


Kali ini BWM memberikan bateri lithium ion yang lebih besar - 24 kWh! Ia bermakna prestasi yang lebih mantap dan penggunaan bahanapi yang lebih rendah!

 

6. Bateri? Alamak! Takut!


Jangan risau. BMW memberikan waranti tambahan dua tahun untuk bateri PHEV itu, menjadikan jumlah waranti ialah selama LAPAN tahun atau 160,000 km. Boleh urut dada ya.

Nak urut banyak lagi, baca sendiri waranti bateri pautan ini.
https://www.bmw.com.my/en/topics/discover/exclusive-offers/phev-battery-extendedwarranty-programme.html

 

7. Kenapa BMW X5 xDrive45e lebih BOSS dari SUV mewah yang lain?


BMW percaya bahawa sebuah SAV tidak perlu mempunyai ciri-ciri pemanduan yang cuma layak untuk membawa Datin ke pasar atau untuk Auntie ke kedai singseh.

Kerana itu, BMW X5 xDrive45e ini masih mempunyai gaya pemanduan sporty agar kaum lelaki masih boleh tersengih bila memandunya.

 

8. Beli X5 boleh dapat BMW i8 Coupé?


Err... Mungkin, sebab sekiranya anda membuat tempahan X5 xDrive45e secara online, anda mempunyai peluang untuk memenangi sebuah BMW i8 Coupe dengan gaya supercar itu.

Jadi apa lagi, tempah di pautan di bawah!

https://shop.bmw.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…