Kit RFID TNG pemasangan sendiri boleh didapati di Lazada, Shopee - bermula dari RM35

oleh Mohamad Hanif|
Touch 'n Go kini menawarkan kit pemasangan RFID TNG (TNG RFID Self-Fitment Kit) secara dalam talian menerusi laman membeli belah Lazada dan Shopee.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula 16 Mei ini, kit pemasangan sendiri RFID TNG ini boleh didapati pada harga serendah RM35, bertujuan unuk memudahkan urusan pemasangan serta menggalakkan lagi penjarakan sosial ketika fasa PKP berlangsung.

Para pengguna boleh menggunakan pengimbas kod QR untuk mengikuti video pemasangan atau mengikut langkah-langkah pemasangan berikut:

1. Bersihkan permukaan cermin windscreen atau lampu utama
2. Tanggalkan tag RFID TNG dari kit
3. Pasang tag RFID pada permukaan luar bahagian atas kiri cermin utama atau lampu utama kiri kenderaan

 

 


Untuk mengaktifkan tag RFID, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

1. Daftar akaun di mx.touchngo.com.my
2. Masukkan nombor tag RFID TNG dan butiran kenderaan anda.
3. Pastikan tag RFID disambungkan kepada eWallet Touch 'n Go
4. SMS pengaktifan akan dihantar dalam masa 24 jam

Tag RFID TNG telah mula dijual semenjak 15 Februari 2020 setelah berjaya menjalani program perintis umum berdurasi 18 bulan melibatkan kira-kira 1.2 juta pengguna.

Selain memudahkan urusan pembayaran tol, Touch 'n Go juga berazam untuk memperkembangkan aplikasi penggunaan tag RFID TNG untuk kegunaan perniagaan lain seperti mengisi bahan api, parkir kenderaan, pandu lalu serta akses residensial di dalam komuniti berpagar.

Kit pemasangan sendiri ini boleh didapati menerusi pautan berikut:
Lazada
Shopee