Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain 12,000 rpm untuk Porsche, RM171.5 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain
Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain
Sebuah kit kepala silinder 24 injap yang direka bentuk sehingga putaran (rev) 12,000 rpm kini ditawarkan untuk enjin Porsche 964 dan 993.

Kit Kepala Silinder M64 dikeluarkan Swindon Powertrain dari United Kingdom mempunyai kebaikan seperti kecekapan pengambilan udara (breathing efficiency) dan pengurangan berat.

Enjin Porsche 964 dan 993 sejukan udara bergantung kepada rekaan tradisional, aliran rendah dan dua injap persilinder.

Ciri tersebut menjadikan ukuran injap (total valve area) terhad dan menyekat sejumlah udara dari memasuki kebuk pembakaran pada setiap kitaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain

 

Selain itu, injap yang besar memerlukan pegas (spring) lebih berat dan boleh membebankan jumpelang (rocker) dan menghadkan putaran perminit (rpm).

Rekaan kit kepala silinder 24 injap M64 Swindon Performance dapat menyelesaikan keadaan tersebut.

Rekaan baharu empat injap persilinder meningkatkan kuasa dan daya kilas dan sesuai digunakan untuk pemanduan berprestasi, di litar dan perlumbaan.

 

Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain

 

Pengujian yang dibuat menunjukkan peningkatan aliran puncak sebanyak 40 peratus pada bahagian kemasukan dan 66 peratus pada bahagian ekzos berbanding enjin 993 standard.

Selain kecekapan pengambilan udara, putaran sehingga 12,000 rpm memberi peluang kepada penala untuk memanfaatkan kuasa tambahan pada kelajuan enjin yang ditingkatkan.

Berat juga diturunkan iaitu sebanyak 3.5 kilogram (kg) berbanding set kepala silinder enjin 993 standard.

Kepala silinder dan cam chest dibuat di UK daripada aluminium A356 yang biasanya digunakan di dalam industri aeroangkasa.

 

Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain

 

Kit M64 terdiri daripada injap kemasukan dan ekzos titanium dengan pegas, penutup (cap), sesimpai (collets), kepipis (shim), finger followers, aci sesondol dan pelbagai lagi.

Bagi memudahkan proses naik taraf, kit Swindon Powertrain boleh digunakan dengan sistem pelinciran dan aci pacuan rantai  Porsche 993 standard.

Kit Kepala Silinder M64 Swindon Powertrain ditawarkan di UK pada harga 29,950 pound (RM172,093) termasuk cukai dan jaminan 12 bulan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kit kepala silinder M64 Swindon Powertrain