Kit Jimry dari T-Style untuk para pemilik Suzuki Every

oleh Mohamad Hanif|
Jimny merupakan antara produk Suzuki yang popular bukan sahaja di Malaysia, malah juga di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan pengaruh Jimny yang kuat, sebuah syarikat Jepun yang dikenali sebagai T-Style hadir dengan kit ubah suai untuk kei car Suzuki Every dengan muka depan Jimny.
 

Jimry


Kit yang dinamakan sebagai 'Jimry' ini boleh didapati dalam pelbagai versi mengikut kehendak pembeli, merangkumi unit gril dan lampu hadapan asal Jimny, diikuti dengan bampar depan kustom serta binaan skid plate palsu, serta bonet depan dengan bonjol khas.

Kit Jimry ini boleh didapati pada harga bermula dari 248,000 yen (RM9,098) untuk pasaran Jepun.
 

Jimry


Namun bagi mereka yang mempunyai lebihan bajet, T-style turut menawarkan opsyen seperti kit meninggikan suspensi, spring yang sporti untuk pengendalian, kombinasi tayar dan rim, komponen perlindungan badan, serta aksesori untuk aktiviti luar seperti khemah pop-up.