Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:, van elektrik jadi lebih praktikal

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:
Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:
Honda N-Box sudah bertahun menguasai kedudukan jualan kereta terlaris di Jepun.

Selain N-Box, Honda menawarkan beberapa lagi model N seperti N-One, N-Wgn dan N-Van. 

Daripada model tersebut, N-Van tampil istimewa kerana mempunyai model elektrik N-Van e: yang diperkenal pada 2023 dan ditawarkan secara rasmi pada 2024.

Seperti biasa, Honda akan sekalikan dengan kit Honda Access dan menarik untuk sebuah van elektrik perdagangan ringan.
Honda Access - Honda N-VAN e 2024

N-Van e: ditawarkan dalam tiga varian iaitu e:L2, e:L4 dan e:Fun.

Jarak pemanduan pula setakat 210 kilometer (WLTC) dan pengecasan penuh mengambil masa enam jam (AC 6 kW).

Walaupun singkat, pengecasan pantas sehingga 80 peratus hanya memerlukan 30 minit (DC 50 kW).

Pengecasan boleh dibuat sambil makan tengah hari dan menyambung kerja pada sesi petang.

 

Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:

 

Satu lagi yang menarik adalah fungsi V2H (Vehicle-to-Home) bagi pembekalan tenaga kepada perkakasan elektrik sehingga 1,500W.

Fungsi ini menjadikan kenderaan elektrik (EV) sebagai penjana (generator) dan sesuai untuk perniagaan seperti pasar malam, kafe bergerak dan pelbagai lagi.

Kit Honda Access dibangunkan mengikut konsep FUNctional containers that make the most of an EV.

Satu konsep menarik dan menawarkan pelbagai aksesori untuk kegunaan perniagaan dan hobi.

 

Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:

 

Di antara aksesori yang ditawarkan seperti kabel pengecasan AC200V berukuran tujuh dan 15 meter (m) dan boleh digunakan pada slot pengecasan luar.

Turut ditawarkan adapter pengecas 100V untuk pengecasan dari slot AC100V sebagai persediaan kecemasaan.

Pelindung atau sarung melindungi port pengecasan dari kekotoran apabila dicas di luar (outdoor).

Satu lagi yang bermanfaat adalah Honda Power Supply Connector bagi membekalkan kuasa AC100V dari bateri N-Van e: kepada perkakasan elektrik.

 

Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:

 

Selain perkakasan elektrik, Honda Access turut menawarkan aksesori kecantikan seperti grafik Honda e: TECHNOLOGY dan EV.

Tukup depan boleh dibalut dengan pelekat hitam dan bahagian depan terpampang lencana N-Van e:. Barang tambahan boleh diletakkan pada rel bumbung.

Pada bahagian dalam, pelanggan boleh dapatkan pelbagai aksesori seperti jaring, kotak atas, palang dan rel untuk memanfaatkan ruang bumbung yang tinggi.

Turut ditawarkan tirai vinil bagi memisahkan ruang pemandu dan belakang dan meningkatkan kecekapan penyaman udara.

 

Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:

 

Lagi aksesori seperti palang tepi bagi melindungi cermin sukuan daripada calar dan kerosakan dan pelapik lantai dari depan sehingga belakang.

Sarung kerusi melindungi kerusi pemandu yang terdedah kepada kerosakan dan lapisan lebih tebal untuk kerusi penumpang.

Sesuai dengan tema alam sekitar, karpet lantai dibuat daripada bahan PET yang dikitar semula.

Perkakasan visual juga ditawarkan seperti set Gathers dengan sistem navigasi Honda Connect lapan inci dan fungsi khas untuk EV.

 

Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:

 

Semasa pencarian lokasi, sistem akan memaparkan jarak pemanduan dan memberi peringatan sekiranya jarak melebihi had.

Pengguna juga boleh mencari lokasi pengecasan berhampiran, ketersediaan pengecas (langganan Honda Total Care) dan jenis pengecas biasa atau pantas.

Honda turut menawarkan sistem paparan audio lapan inci dan kamera belakang Anshin Plus 4 yang mengembangkan lagi sistem bantuan pemanduan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kit Honda Access untuk Honda N-VAN e:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan…