Kit badan TOM's Racing untuk Corolla Sport

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu barang 'terlarang' yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia pada ketika ini adalah hatchback Corolla Sport, walaupun berdasarkan semakan terkini anda sebenarnya sudah boleh mendapatkannya menerusi pasaran kenderaan recond.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran Jepun, TOM'S Racing baru-baru ini telah melancarkan pakej kit badan serta naiktaraf prestasi bagi para pemilik Corolla Sport.

 


Pakej tersebut merangkumi bampar hadapan yang dipasang dengan diffuser, pemasangan over fender pada keempat-empat arka roda, serta dikemaskan dengan kehadiran diffuser sisi.

Sementara bahagian belakang pula didatangkan dengan spoiler bumbung, spoiler kedua berbentuk ekor itik, manakala bahagian bampar belakang pula didatangkan dengan diffuser yang menempatkan tip ekzos bertindih daripada TOM's.

 


Selain daripada itu, TOM's juga menawarkan naiktaraf prestasi seperti penapis udara, sistem suspensi yang lebih sporti, sistem kawalan pendikit, kit boost 'POWER BOX' yang dikhususkan untuk varian enjin turbo sahaja, serta unit pendakap casis bertetulang.

Sistem pemberhentian asal Corolla Sport ini juga boleh dinaiktaraf dengan menggunakan pad brek sports serta saluran brek yang dipertingkat daripada TOM's.

 


Kehadiran kit badan TOM's ini bolehlah dianggap sebagai satu pembuka selera sebelum kehadiran hot hatch sebenar GR Corolla Sport yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Menurut info terdahulu, GR Corolla Sport bakal didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang diperoleh daripada GR Yaris, namun dengan talaan yang menghamburkan kuasa setinggi 300 PS dan daya kilas 350 Nm, kotak gear manual, serta sistem pacuan semua roda GR-Four.

Baca: Toyota GR Corolla Sport bakal hadir tahun hadapan?

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…